in ,

Atiq Azman Alami Pendarahan, Kena 5 Jahitan Terhentak Batu Ketika Mandi Di Sungai

Pelakon Atiq Azman khabarnya telah mengalami kecederaan kecil berikutan tragedi yang menimpanya ketika dia bermandi-manda di sungai, baru-baru ini.

Keseronokan berlibur itu akhirnya bertukar tragedi apabila dia difahamkan telah terhentak batu di kepala dan dikenakan lima jahitan.

Atiq memberitahu bahawa tragedi itu berlaku ketika dia hendak terjun ke dalam sungai namun tidak menyedari terdapat batu di dalam sungai yang berlokasi di Hulu Langat itu.

Saya pun mula bermandi di sungai dan membuat terjunan di sungai itu. Terjunan pertama saya ke sungai ketika itu baik-baik saja. Tetapi ketika kali kedua hendak terjun tu saya ada rasa satu hentakkan kuat pada dahi dan bila keluar belaku pendarahan yang sangat laju di kepala.

– Atiq Azman

Tragedi itu membuatkan Atiq berasa sangat sakit di kepala dan mula berasa pening dan seperti hampir hendak pitam.

Meskipun begitu, pelakon drama Nur ini bersyukur tindakan pantas rakan-rakan membawanya ke klinik dapat menyelamatkan nyawanya.

Dia dalam pada itu turut memberi pesanan kepada mereka di luar sana agar sentiasa berhati-hati dan tidak berseorangan ketika melakukan aktiviti lasak di luar sana.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tajul & Afieq Shazwan Bergabung Nyanyi Lagu Achik Spin Berjudul MALAM SEMAKIN DINGIN

Tiga Cadangan Aktiviti Menarik Boleh Dicuba Penonton RTM