in

Tahniah Bocey Juara Maharaja Lawak Mega MLM 2017

Kumpulan Bocey mengulangi kejayaan tahun lalu apabila diumumkan juara program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000.

Bocey yang dianggotai Fad, Achey dan Abam menarik perhatian penonton dan juri tetap dengan komedi bebas dan muzikal yang dipersembahkan mereka.

Bocey Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017

Pentas akhir MLM 2017 di Dewan Wawasan Jitra, Kedah yang berakhir sebentar tadi, turut menyaksikan kumpulan Shiro muncul naib juara dan menerima hadiah wang tunai RM250,000.

Biarpun sekadar meraih tempat ketiga, satu-satunya peserta solo dari Indonesia, Dzawin berpuas hati dengan hadiah RM150,000 yang dimenangi hasil kerja keras selama 12 minggu dalam program komedi itu.

Tempat keempat dan kelima dimenangi kumpulan Zero dan Puteh yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000.

Pentas akhir MLM 2017 diadili juri tetap, Datuk Rosyam Nor, Datuk Aznil Nawawi, Neelofa dan Luna Maya yang mewakili markah sebanyak 70 peratus, manakala selebihnya undian penonton.

Persembahan Syamel dalam segmen penghormatan untuk pelawak yang sudah meninggal dunia menyentuh hati penonton sebelum keputusan penuh diumumkan pengacara, Datuk AC Mizal.

Bocey Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Dato’ Siti Nurhaliza Lancar Album SimetriSiti

Inaugural 2017 MTV Movie & TV Awards Winners List