in ,

Dato’ Siti Nurhaliza Lancar Album SimetriSiti

Pada jam 4 petang, hari Jumaat, tanggal 5 Mei, satu lagi sejarah tercatat dalam karier penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza yang telah melancarkan album terbaru SIMETRISITI.

Untitled

Album yang mempunyai 10 buah lagu itu menyaksikan Siti bekerjasama dengan komposer dan penulis lirik seperti Aubrey Suwito, Yasin Sulaiman, Sulu Sarawak, Ad Samad, Opick, Habsah Hassan dan Ivan Lahardika.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album itu adalah Segala Perasaan, Aku Bukan Malaikat, Manis Terindah, Bersandar Cinta, Penghiburku dan Ikrar Cinta.

Siti Nurhaliza Lancar SimetriSiti

Siti juga turut berduet bersama penyanyi Indonesia iaitu Judika menerusi lagu Kisah Ku Inginkan.

Siti memberitahu istimewanya album ini, dia turut menggubah sebuah lagu berjudul Penghiburku yang turut menampilkan penyanyi rap, Joe Flizzow yang ditujukan kepada peminatnya.

Siti turut menggubah sebuah lagu berjudul Penghiburku dalam album SimetriSiti.

Beliau menyasarkan album SimetriSiti akan dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik (AIM) akan datang.

Hasratnya itu bukan hanya untuk dirinya sendiri sebaliknya seluruh tenaga kerja yang terbabit dalam penerbitan album berkenaan.

Sebanyak 300 unit album terbaru Datuk Siti Nurhaliza, SimetriSiti, habis ditempah dalam tempoh 20 minit selepas penjualannya dibuka menerusi portal beli-belah Lazada.

Album edisi terhad itu menjadi rebutan peminat kerana nilai eksklusifnya, selain mempunyai tandatangan penyanyi popular berkenaan dan disertakan dengan poskad.

Mengulas sambutan menggalakkan yang diberikan terhadap buah tangan terbarunya itu, Siti mengakui teruja dengan berita yang diterima.

“Siti sangat bersyukur apabila album yang sekian lama dinantikan peminat dapat juga disiapkan akhirnya. Tidak dinafikan, banyak cabaran ketika menghasilkan album ini, terutama dari segi kesihatan.

“Siti mengalami batuk-batuk ketika sesi rakaman diadakan. Mujur Siti masih boleh meneruskan proses berkenaan,” katanya kepada BH Online ketika ditemui pada majlis pelancaran album studio ke-18 beliau di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Mengulas kenyataan Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kenny Ong, yang mengharapkan album terbabit mencapai kualiti antarabangsa dan mampu meraih banyak anugerah, Siti akui agak tertekan dengan permintaan berkenaan.

“Agak tertekan juga, tetapi tak adalah sampai Siti tidak boleh tidur malam. Siti pun memang hendak mencalonkan album ini kerana ini juga antara cara untuk menghargai mereka yang terbabit secara langsung dalam pembikinannya,” kata beliau.

Album SimetriSiti yang mempertaruhkan lagu Segala Perasaan sebagai single pertama bakal berada di pasaran pada 10 Mei ini.

Sumber: Berita Harian

Siti Nurhaliza Lancar SimetriSiti

Siti Nurhaliza Lancar SimetriSiti

Siti Nurhaliza Lancar SimetriSiti

Siti Nurhaliza Lancar SimetriSiti

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazura Ramal Fattah Amin Menang Bintang Paling Popular

Tahniah Bocey Juara Maharaja Lawak Mega MLM 2017