in , , , , ,

Lagu KITA BAIK RAMAI SAYANG Fad & Achey Tribute untuk Abam Trending No.1 di Youtube

Tanggal 10 Mac lalu genap sebulan pemergian pelawak popular, Allahyarham Abam Bocey. Sepanjang tempoh itu, kisah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan tidak pernah sunyi.

Malah, kedua sahabat baiknya yang juga pelawak, Achey dan Fad boleh dikatakan hampir setiap hari berkongsi kenangan mereka bersama di laman Instagram. Apa yang pasti, pemergian Abam pada usia 32 tahun meninggalkan kesan mendalam bukan saja pada keluarga dan sahabat, tapi seluruh peminat. 

Malah, #kitabaikramaisayang yang dimuat naik Achey dan Fad di laman sosial sepanjang pemergian Abam juga menjadi ikutan ramai. Dan bagi memperingati pemergian Abam, Achey dan Fad menerusi syarikat rakaman 17Eleven Music melancarkan single, Kita Baik Ramai Sayang khas buat arwah Abam. 

Fad berkata, lagu itu menggambarkan perasaan dirinya dan Achey terhadap arwah.

Lagu KITA BAIK RAMAI SAYANG Fad & Achey Tribute untuk Abam Trending No.1 di Youtube

“Idea menghasilkan lagu ini timbul selepas tiga hari arwah meninggal dunia. Ippo Hafiz yang usulkan pada Achey. Katanya, melodi dan lirik datang secara tiba-tiba ketika di studio. 

“Ditambah pula ketika itu, Ippo melihat keadaan saya dan Achey termasuk orang ramai yang begitu terkesan sejak pemergian arwah. 

“Kali pertama dengar melodi, saya menangis. Saya cakap pada Achey, inilah perasaan kita pada arwah,”

– Fad Bocey

Fad berkata, proses rakaman berjalan lancar selain dia dan Achey mudah memahami lagu itu. 

“Selepas berjumpa dan ‘meeting’ dengan Ippo, kami pun jamming lagu ini. Kami pun beri idea sikit untuk lirik. 

“Apabila lagu penuh siap, kami tidak perlu belajar lagu ini sebab ia mudah untuk kami. Bukan nak kata kami hebat, tapi mungkin sebab lagu ini adalah gambaran perasaan kami pada arwah, jadi ia dipermudahkan.”

“Sejujurnya, ketika proses rakaman, saya sebak. Begitu juga dengan Achey. Baca lirik dan dengar melodi, saya terbayang arwah. Dengar lagu ini, itulah perasaan kami pada arwah,”

– Fad Bocey

Menurut Fad, sebahagian hasil yang diperoleh daripada lagu itu akan disalurkan kepada anak, balu dan ibu arwah. Tidak terkecuali, Pertubuhan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidi Khadijah, Gombak tempat arwah sering membuat sumbangan.

“Sewaktu proses rakaman lagi, kami sudah niat yang mana hasil lagu ini akan ada bahagian untuk Hamzah, balu dan ibu arwah. 

“Tidak ketinggalan pada rumah anak-anak yatim tempat arwah selalu bantu. Bagi kami, ini saja yang kami boleh buat untuk arwah. Mungkin tak banyak, tapi dapat teruskan usaha murni arwah. 

“Lagu ini juga bukan untuk tukuan bisnes. Tapi ia untuk arwah supaya kita semua tidak lupa padanya. Dengar lagu ini, orang akan ingat dan boleh mendoakan arwah,”

– Fad Bocey
Lagu KITA BAIK RAMAI SAYANG Fad & Achey Tribute untuk Abam Trending No.1 di Youtube

Menariknya, single yang dilancarkan pada 18 Mac 2020 itu menduduki tempat pertama dalam carta trending di laman YouTube. 

Single ciptaan Ippo Hafiz dan lirik oleh Ippo Hafiz, Achey dan Fad itu sudah mencecah tontonan lebih 700,000 hanya dalam tempoh 24 jam. Video muzik memaparkan momen dan kenangan manis ketiga sahabat itu sepanjang pembabitan mereka dalam dunia seni. 

Umum maklum, bakat mereka dicungkil menerusi program Bintang Mencari Bintang musim pertama di TV3 pada 2013. Ketika itu, Fad dan Abam bergabung menerusi kumpulan Bocik dan Achey secara solo. 

Lagu KITA BAIK RAMAI SAYANG Fad & Achey Tribute untuk Abam Trending No.1 di Youtube

Kemudian, mereka membentuk kumpulan Bocey dan menyertai beberapa pertandingan lawak seperti Maharaja Lawak Mega. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari lalu di rumahnya akibat demam panas. 

Arwah meninggalkan seorang balu, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia sembilan bulan. 

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

Lagu KITA BAIK RAMAI SAYANG Fad & Achey Tribute untuk Abam Trending No.1 di Youtube
Lagu KITA BAIK RAMAI SAYANG Fad & Achey Tribute untuk Abam Trending No.1 di Youtube

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Mesej Semangat Yakin Diri Wanita dalam MAKE YOU WANNA Single Pertama DOLLA

Safawi Rasid Dituduh Ambil Kesempatan, Keluar Produk Hand Sanitizer