in ,

Bocey Juara MLM2017 Bertanding Semula di Maharaja Lawak Mega 2018

Maharaja Lawak Mega 2018 Janji Persembahan Komedi Lebih Unggul. Kehadiran peserta terbaik dari pelbagai progam lawak bangkit saingan sengit musim ini

Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018), sebuah program persembahan komedi yang paling dinantikan oleh para peminat lawak di rantau ini bakal membuka tirai pada setiap hari Jumaat bermula 2 November 2018, jam 10.00 malam selama 12 minggu berturut-turut.

MLM 2018 akan dipancarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan untuk pilihan alternatif, program realiti pertandingan komedi ini turut boleh ditonton menerusi platform digital Astro GO dan ‘on demand’.

Untitled

14 barisan peserta yang akan menjayakan MLM 2018 terdiri daripada peserta solo; ‘Dany Beler’ dan ‘Hilmy Ashley’, peserta duo; kumpulan ‘Taman’, ‘Shiro’, ‘Puteh’ dan ‘2B’ serta peserta trio; kumpulan ‘Bocey’, ‘Abata’, ‘Joras’, ‘Kiut’, ‘Masin’, ‘Abioso’, ‘Zero’ dan ‘Chilok’.

• Mula bersiaran pada 2011, program realiti pertandingan komedi Maharaja Lawak Mega menggabungkan barisan pelawak terbaik dari Malaysia, Singapura dan Indonesia serta menyaksikan mereka membuat persembahan komedi berdasarkan tema mingguan yang diberi dalam merebut takhta ‘juara Maharaja Lawak Mega’. Kesemua mereka akan diadili oleh barisan juri dan penonton sebelum peserta dengan jumlah markah terendah disingkirkan daripada pertandingan.

• Dengan rating tertinggi dicatat sebanyak 4.7 juta dan lebih 29 juta jumlah tontonan di platform digital, program Maharaja Lawak Mega mencatat sejarah pada tahun lalu apabila menjadi program lawak nombor satu di Malaysia. Bukan itu sahaja, video MLM 2017 juga menjadi antara video paling popular di platform Youtube Malaysia.

Video Penuh Pengumuman Pelawak MAHARAJA LAWAK MEGA 2018

• Maharaja Lawak Mega 2018 menerima kehadiran muka baharu yang juga merupakan finalis ‘Gegar Lawak’ iaitu kumpulan ‘Kiut’, ‘Abata’ dan ‘2B’. Pertandingan komedi yang berlangsung pada awal Januari tahun ini menyaksikan Kiut menjulang trofi juara, Abata pula menduduki tempat ketiga dan 2B di tempat kelima.

• ‘Dany Beler’ dan ‘Hilmy Ashley’, dua peserta solo yang baru pertama kali beraksi di pentas MLM pernah menyertai sebuah program pertandingan komedi paling popular di Indonesia di mana Dany berjaya menduduki tempat ketiga. Dalam pada itu, Hilmy yang juga merupakan personaliti televisyen merupakan satu-satunya peserta dari Malaysia yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok 30 peserta terbaik, daripada ribuan penyertaan dalam pertandingan tersebut.

• Antara tema persembahan mingguan pada musim ini adalah percutian, duit, muzikal, loghat & dialek, dikir barat, parodi, kenangan, mata pelajaran sekolah dan pelbagai lagi.

• Kepelbagaian tema yang ditonjolkan setiap musim untuk melatari imej keseluruhan MLM pada musim tersebut diteruskan dengan pemilihan tema ‘Circus’ atau sarkas pula untuk penganjuran pada tahun 2018 ini. Tema ini dipilih kerana acap kali kita lihat mereka yang terlibat dengan sarkas memiliki karakter yang penuh warna-warni, amat unik dan tersendiri, namun pada masa yang sama memiliki satu misi seragam iaitu menghiburkan penonton. Penganjuran MLM dari tahun ke tahun bertunjangkan misi tersebut – ‘menghiburkan penonton’.

Sidang Media Bersama AC Mizal Hos MAHARAJA LAWAK MEGA 2018

• Anak seni yang cukup versatil, Dato’ AC Mizal buat sekian kalinya diberi tanggungjawab untuk menjayakan MLM 2018 selaku Pengacara. Manakala, meneruskan tradisi pengenalan barisan juri Maharaja Lawak Mega seperti musim-musim sebelumnya, pemilik tiga kerusi juri tetap hanya akan diumumkan secara eksklusif pada siaran langsung minggu pertama MLM 2018 kelak.

• Daripada segi format pemarkahan pula, 70% jumlah pemarkahan akan diberikan oleh barisan juri manakala 30% daripada undian penonton melalui aplikasi TikTok dan akan dibuka secara rasmi pada 2 November 2018 jam 10.00 malam.

Untitled

“Untuk penganjuran musim ke-7, kami sekali lagi berjaya menghimpunkan bakat-bakat komedi terhebat dari Nusantara; Malaysia, Indonesia dan Singapura. Ada yang boleh dianggap senior dalam kalangan pelawak dan ada juga muka baharu yang terlibat dalam edisi kali ini. Sungguhpun begitu, kesemua mereka mempunyai pengalaman beraksi di pentas besar sebelum ini dan setiap daripada mereka mempunyai identiti tersendiri dalam persembahan lawak yang dipentaskan. Kepelbagaian ini dirai dan pastinya saingan sengit dapat kita saksikan dalam pertarungan kesemua peserta dalam merebut gelaran juara MLM 2018.

Besar harapan kami agar MLM 2018 dapat merekodkan kejayaan yang lebih hebat daripada pencapaian musim-musim terdahulu. Sokongan padu daripada pelbagai pihak terhadap program ini menyuntik semangat kami untuk terus komited dalam mengangkat industri komedi ke tahap yang lebih tinggi. Maharaja Lawak Mega kini umpama ‘dream stage’ buat pelawak-pelawak di rantau ini di mana penyertaan mereka dalam program ini telah membuka pintu kepada mereka untuk memperkembangkan bakat jenaka yang ada kepada lebih ramai orang dan seterusnya melebarkan kerjaya seni masing-masing melepasi sempadan negara.

Kami melihat perkembangan ini sesuatu yang positif buat kelangsungan industri lawak di rantau ini secara amnya dan berhasrat untuk meneruskan usaha ini pada masa akan datang.” – Namanzee Harris, Ketua Kandungan Strategik (Komedi)

HADIAH KEMENANGAN
• Juara – RM 500,000.00 dan trofi
• Naib Juara – RM 250,000.00 dan trofi
• Tempat Ketiga – RM 150,000.00 dan trofi
• Tempat Keempat – RM 50,000.00 dan trofi
• Tempat Kelima – RM 15,000.00 dan trofi

PENAJA & MEDIA RASMI

• ‘OPPO’, jenama telefon pintar ke-4 terbesar di dunia, dan ‘KFC’, rangkaian makanan segera nombor satu di Malaysia, merupakan Penaja Utama MLM 2018. ‘Adabi’, syarikat penghasilan produk makanan baharu dan inovatif, hadir sebagai Penaja Bersama.

• ‘TikTok’, aplikasi kongsian video pendek popular, merupakan Platform Rasmi Undian Online bagi barisan peserta Maharaja Lawak Mega 2018.

• ‘SINAR’ pula bertindak selaku Radio Rasmi. Manakala ‘Gempak’, portal berita hiburan terkini, dan ‘Astro Circle’ yang membawakan pelbagai hadiah eksklusif buat penonton merupakan Rakan Digital bagi MLM 2018.

BUTIRAN SIARAN

Persembahan komedi 14 barisan pelawak dalam Maharaja Lawak Mega 2018 akan bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat bermula 2 November 2018, jam 10.00 malam selama 12 minggu berturut-turut di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124). Untuk tontonan di platform digital, MLM 2018 boleh dinikmati menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

IKUTI BERITA TERKINI ‘MAHARAJA LAWAK MEGA 2018’

www.maharajalawakmega.com.my @maharajalawakmega
@AstroGempak
@ZonLawak Zon Lawak
#MLM2018 #maharajalawakmega2018
#TAMAT#

Mengenai OPPO
OPPO adalah jenama telefon kamera yang diminati oleh orang muda di seluruh dunia. Sejak 10 tahun yang lalu, OPPO telah memfokuskan kepada pembuatan telefon berkamera, berasaskan inovasi penemuan teknologi fotografi mudah alih. OPPO memulakan era pengindahan swafoto, dan merupakan jenama pertama yang melancarkan telefon pintar dengan kamera hadapan 5MP dan 16MP. OPPO juga merupakan jenama pertama yang memperkenalkan kamera berputar-bermotor, bercirikan Ultra HD dan teknologi 5x Dual Camera Zoom. Siri Swafoto Expert F OPPO yang dilancarkan pada tahun 2016 menjadikan swafoto dalam industri telefon pintar suatu yang trending.
Pada tahun 2017, IDC telah menyenaraikan OPPO sebagai jenama telefon pintar ke 4 terbesar di dunia. Dan hari ini, OPPO menyediakan pengalaman fotografi telefon pintar yang sangat hebat kepada lebih ramai orang muda di seluruh dunia.

Mengenai QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR)
QSR merupakan operator francais kepada lebih 810 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Ia juga pemilik francais kepada lebih 380 restoran Pizza Hut di Malaysia dan 75 restoran di Singapura. Selain operasi restoran, ia juga terlibat dalam pembiakan baka ayam, perladangan ayam kontrak, penetasan telur ayam, pengeluaran dan pemprosesan daging ayam serta perniagaan sampingan seperti pemprosesan roti, commissary dan pembuatan sos. Ini menjadikan QSR sebagai pengendali makanan tunggal dan pertama yang bersepadu sepenuhnya di Malaysia. QSR dan semua subsidiarinya memberi jaminan pematuhan halal penuh kepada semua para pelanggannya. Setiap aspek pembuatan makanan adalah mengikut kawalan yang ketat dan hanya menerima sijil-sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta mematuhi MS1500:2009.

Mengenai TikTok
TikTok merupakan destinasi pilihan untuk video mudah alih pendek. Misi kami adalah untuk merakam dan mempertontonkan kreativiti, pengetahuan dan detik dunia yang penting, terus dari telefon bimbit. TikTok membolehkan sesiapa sahaja untuk menjadi pencipta, dan menggalakkan pengguna menterjemahkan ekspresi minat dan seni melalui video mereka. TikTok berpangkalan di Los Angeles dengan pejabat global di London, Tokyo, Seoul, Shanghai, Beijing, Singapura, Jakarta, Mumbai dan Moscow. Sejak awal 2018, TikTok merupakan salah satu aplikasi yang paling banyak dimuat turun di dunia. TikTok boleh didapati di seluruh dunia melalui iOS dan Android. Lawati tiktok.com.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Telemovie KAU, AKU HANTU RAYA Lakonan Syafie Naswip

Cabaran Tarian Lagu Tema GOL & GINCU VOL. 2 Di Aplikasi Tiktok