in , , , ,

Fad Bocey Akui Menangis Sebak Ketika Menyanyi Lagu KITA BAIK RAMAI SAYANG

Menghimpunkan kenangan dalam lagu, dua sahabat baik Allahyarham Abam, Achey dan Fad tampil dengan single Kita Baik Ramai Sayang, genap sebulan pemergian pelawak itu.

Meraih lebih 700,000 tontonan selepas sejam video muzik dilancarkan di YouTube, Rabu lalu, lagu ciptaan mereka bersama penyanyi dan komposer Ippo Hafiz, menggambarkan perasaan Achey dan Fad terhadap arwah.

Fad mengaku menitiskan air mata kali pertama mendengar melodi lagu berkenaan.

“Ippo mengusulkan idea menghasilkan lagu ini kepada Achey. Ippo beritahu melodi dan lirik lagu ini datang secara tiba-tiba ketika berada di studio.

“Apatah lagi, ketika itu, Ippo melihat bagaimana kami dan peminat terkesan dengan pemergian arwah. Apabila mendengar melodi lagu ini, saya beritahu Achey, inilah perasaan kita terhadap Abam,”

– Fad Bocey

Fad berkata, dia dan Achey tidak dapat menahan sebak ketika merakamkan lagu berkenaan.

“Membaca lirik dan mendengar melodi, saya terbayang arwah. Dengarlah lagu ini, itulah perasaan kami terhadap arwah,”

– Fad Bocey

Sebahagian daripada hasil penjualan single Kita Baik Ramai Sayang akan dihulurkan kepada anak, balu dan ibu Abam serta Pertubuhan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidi Khadijah, Gombak yang sering dibantu arwah ketika hayatnya.

Sementara itu, Ippo tidak menyangka single Kita Baik Ramai Sayang trending pada hari pertama dimuat naik di YouTube Seventeen Eleven Music.

“Nyanyian sahabat arwah memberi kesan kepada ramai peminat. Rata-rata mereka meninggalkan komen positif, sedih, pilu dan rindu terhadap arwah.

“Saya harap lagu ini akan memberi inspirasi kepada peminat untuk berdoa buat arwah, keluarga atau sahabat kita yang sudah pergi,”

– Ippo Hafiz

Fad menjelaskan ungkapan ‘kita baik ramai sayang’ sering digunakan Abam ketika hayatnya.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa | 18

Neelofa Mohon Doa Untuk Anak Sepupu Berusia 7 Bulan Disahkan Positif COVID-19

Farahdhiya | 19

Cara Mohon Bantuan RM600 Bagi Pekerja Bercuti Tanpa Gaji Yang Terjejas Akibat COVID-19