in ,

Taeyang Dedahkan Album Terbaru Adalah Album Terakhir Buat Peminat

Selepas TOP, giliran Taeyang pula yang akan menyertai khidmat ketenteraan yang diwajibkan buat semua lelaki di Korea Selatan.

Jadi, di hadapan ribuan peminatnya Taeyang membuat kenyataan bahawa albumnya yang terbaru ini merupakan album terakhirnya sebelum menyertai ketenteraan.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat menunaikan janji untuk menerbitkan lagu baru dalam masa terdekat seperti yang dijanjikan sebelum ini.

“Saya akan menjalani latihan khidmat ketenteraan pada tahun depan dan mahu berikan fokus terhadap pembikinan album ini.

“Disebabkan perkara itu juga, saya akan pastikan album terakhir ini akan menjadi album paling sempurna,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KL MOTION PICTURES Mengeluarkan Siri Dokumentari Mengenai Sejarah Sebenar Melaka

Elfira Loy & Sufian Bakal Nikah Tahun Depan