in

Syanie Hisham @ Media Launch Party The Biggest Loser Asia

Selain Sarimah Ibrahim (oh dah tentu Sarimah kena hadir), pelakon Syanie Hisham juga turut memeriahkan Media Launch Party – The Biggest Loser Asia pada hari Khamis lalu – 12 November 2009.

Sesuailah dengan konsep program realiti TV ini yang mahu mengubah size badan para peserta dari super dooper size ke saiz yang lebih seimbang, maka dijemputnya Syanie untuk tampil dalam Premiere The Biggest Loser Asia yang akan disiarkan pada hari Selasa, 24 November ini.

Agak-agak, kalau Syanie join jadi peserta The Biggest Loser Asia, boleh kurus tak?

Selain Syanie, tiga orang lain lagi personaliti dari Malaysia juga dijemput iaitu pengacara Zainal Alam Kadir, pelakon drama Dimension – Jehan Miskin dan Malaysian Idol Runner up tahun 2004 iaitu Dina. Mereka pastinya akan diuji ketahanan fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran yang pastinya akan turut ditempuhi oleh bakal para peserta program TV yang akan disalurkan di saluran Astro – Hallmark ini.

Masa di Launch Party, memang agak lucu, bila pengacara menyuruh Syanie buat ‘pumping’ di atas pentas. Budiey bukan apa, takut jugak nanti pentas yang lantai yang diperbuat daripada kaca tu retak. Gerun la jugak. Tapi Syanie bijak buat lawak… saksikan video ini…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jehan Miskin, Zainal Alam, Syanie, Dina @ The Biggest Loser Asia Premiere

Kerja Sambilan Tambah Pendapatan Lumayan Dengan SIY