in

Syafie Naswip Jadi Anak Liar dalam Nur Kasih The Movie

Mungkin ramai yang masih tak tahu pelakon remaja Syafie Naswip juga turut berlakon dalam filem arahan Khabir Bhatia, Nur Kasih The Movie. Beliau turut berlakon bersama Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Remy Ishak dan ramai lagi.

Pastinya, tiket pemenang Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin Ke-9 dan kemenangan berganda di Festival Filem Malaysia ke 22 menerusi filem Talentime bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki terbaik menjadikan peluang untuk diserap masuk dalam senarai pelakon Nur Kasih The Movie begitu cerah. Adakah penampilan beliau dalam filem ini bakal mencatitkan satu sejarah untuk meraih trofi sekali lagi?

Budiey pun masih belum pasti apakah watak yang diberikan untuk Syafie Naswip ni. Agak-agak korang?

Kalau tengok pada gambar di bawah ini, Budiey rasa Syafie Naswip ni bawa watak Ilyas, anak remaja kepada Aidil lakonan Fizz Fairuz. Wataknya lebih dan bebas pergaulannya berdasarkan watak untuk Syafie ni memerlukan beliau memakai subang dan mewarnakan rambutnya. Ada scene insiden, pergaduhan dan Ilyas ni ada seorang kekasih.

Gambar ini dipetik dari Fanpage Syafie Naswip.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anuar Zain di Konsert Kemuncak Suria FM

Pemenang Remaja NIPS Crazy Challenge TV3