in , , , ,

LoveLove CuteCute SEDIHSEDIH HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG! WinWin

Drama Okey, Adaptasi Novel AKU, DIA & PINKY PROMISE Imbas Kenangan Cinta Zaman Sekolah

Kenangan manis merealisasikan impian zaman persekolahan seorang gadis bernama Siti Saleha dijelmakan pengarah Jamal Khan dalam drama adaptasi novel karya Anna Lee bertajuk “Aku, Dia & Pinky Promise” yang sedang bersiaran setiap hari, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV Okey.

Gandingan lakonan mantap Syafie Naswip, Sweet Qismina, Adam Lee, Melissa Edreena dan Firqin Balqisham dalam 20 episod drama ini bermula dengan babak Sal dan Hanim berbual tentang majlis ‘reunion’ sekolah yang bakal diadakan tidak lama lagi. Sal keberatan untuk menghadiri ‘reunion’ tersebut kerana merasakan dirinya tiada kerjaya yang hebat. Ketika menuruni tangga, Sal terjatuh dan sebaik sahaja sedar, dia mendapati dirinya berada di masa lampau ketika usianya 17 tahun.

POSTER AKU, DIA DAN PINKY PROMISE

Akhirnya beliau sedar yang dirinya kembali ke zaman persekolahan di tingkatan 5. Lina dan Hanim terkejut apabila Sal membuat keputusan untuk menukar daripada aliran sains kepada sastera dan dipersetujui ayahnya. Tindakan Sal menjelaskan tentang keadaan dirinya yang datang dari ‘masa hadapan’ hanya sekadar menimbulkan kelucuan di kalangan rakan-rakannya.

Asnan, teman lelaki Sal terkejut kerana layanan dingin terhadapnya. Sal berjaya bertukar aliran dan masuk ke kelas Sastera paling ‘akhir’ sekali. Kehadirannya tidak disenangi oleh Azri, pelajar yang aktif dalam sukan bola sepak. Azri mula mengganggu Sal di dalam kelas sehingga dia rasa tidak selesa dan menghasut rakan-rakan kelas yang lain. Sal bersabar dengan situasi tersebut. Asnan menentang keras tindakan Sal bertukar aliran.

Pelakon Aku, Dia dan Pinky Promise

Satu hari berlaku kejadian yang membuatkan Azri dan Sal akhirnya terpaksa menerima antara satu sama lain. Sal mengambil kesempatan dengan menawarkan diri untuk melindungi Azri dengan syarat Azri bersetuju menjadi ‘pelindungnya’ dan mereka akhirnya bersetuju secara ‘pinky promise’.

Cikgu Ariffin menuduh Sal bertukar kelas atas alasan bercinta dengan Azri. Asnan bersemuka dengan Sal namun Azri segera mempertahankan Sal seperti yang dipersetujui dalam ‘pinky promise’. 

Sal terkejut Azri memaklumkan yang beliau tidak sesuai berkawan dengan Asnan. Azri bertanyakan Sal tentang seorang peminat misteri yang sering mengirim kad buatnya namun Sal tidak tahu menahu tentang perkara tersebut. Azri mengugut membocorkan rahsia Asnan kepada Sal.

Sal memujuk Azri untuk mengetahui identiti peminat rahsianya ketika mereka makan ABC di sebuah warung. 

BABAK DALAM AKU, DIA DAN PINKY PROMISE

Pertemuan Sal dengan Daniel tunangnya pada masa hadapan membuatkan Azri cemburu dan kecewa. Daniel ketika itu sering mendapat tawaran sebagai model. Abangnya, Damien sering mengingatkan agar Daniel tidak lupa dengan peperiksaan SPM semakin dekat. Sal hairan apabila Azri bersikap dingin dengannya. Azri memaklumkan yang dirinya rasa dipergunakan Sal untuk bertemu Daniel. Mereka bertekak mempertahankan diri masing-masing. Azri semakin bosan mendengar ramalan masa depan yang sering disebut oleh Sal. 

Sal datang menonton perlawanan bola sepak sekolah yang membabitkan Azri dan meminta maaf dengan sikapnya tempoh hari. Azri sempat berpesan pada Sal agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dengan harapan agar Sal mengetahui yang Azri sudah mula sukakan diri Sal.

Sal terus memberi sokongan moral pada Azri dalam perlawanan bola sepak dan akhirnya Azri untuk menjaringkan gol. Mereka kembali berbaik selepas pasukan bola sepak memenangi perlawanan tersebut. Azri bertanyakan hubungan Sal dengan Daniel dan Sal menjawab yang Daniel merupakan seseorang yang bermakna buatnya pada masa hadapan.

Azri berang dengan jawapan Sal yang masih mengaitkan tentang masa hadapan dan beliau tidak lagi mahu menjadi ‘pelindung’ Sal di sekolah. Mereka mula membuat hal masing-masing selepas peristiwa tersebut. 

Kemudian mereka mula rasa seolah-olah hilang sesuatu selepas tidak bertegur sapa akibat mementingkan ego masing-masing. Sal mula bosan dan kembali bermesej dengan Daniel. Tiba-tiba Sal pengsan di sekolah dan Azri segera membantu menghantar Sal ke hospital. Mereka akhirnya berbaik semula ketika menyertai lawatan serta perkelahan bersama.

Azri menunjukkan sikap ambil berat beliau pada Sal dan akhirnya mengaku memang menyukai Sal semenjak tingkatan 1 lagi. Beliau juga merupakan peminat misteri yang setiap tahun menghantar kad ucapan pada Sal. 

Sal tergamam seketika dengan kenyataan yang didengarnya sendiri dari mulut Azri. Sal meminta Azri agar berjanji akan mencari dan bertemu dengannya 10 tahun akan datang dan Azri bersetuju. Sekali lagi ‘pinky promise’ dimeterai oleh mereka. Azri juga memaklumkan yang beliau sengaja berbaik dengan Lela hanyalah semata-mata untuk membuatkan Sal cemburu.

Pada masa sama Daniel meluahkan perasaan kepada Sal. Sal mula yakin yang cintanya pada Daniel selama ini tidak sia-sia. Sal juga mengingatkan Azri tentang ‘pinky promise’ yang tidak akan ditunaikan sekiranya keputusan peperiksaan SPM Azri tidak memuaskan.

Sal mula berkongsi kisah masa depan pada Azri dan beliau terkejut apabila Azri tidak menolak ceritanya seperti kebiasaan. Sal memaklumkan yang Azri tidak muncul dalam hidupnya selepas peperiksaan SPM dalam tempoh waktu tertentu. Azri meyakinkan Sal yang beliau akan tetap mencari Sal. 

adam dan sweet dalam drama ini

Berlaku kejadian fitnah Sal, Suffian dan Amirul diperangkap mencuri wang koperasi sekolah. Azri sedaya upaya cuba membersihkan nama Sal. Akhirnya terbongkar cerita sebenar fitnah dilakukan Hajar yang cemburukan hubungan Sal dengan Azri. Sal pula terkejut apabila tiba-tiba Daniel muncul bertemu Sal di perhentian bas sekolah. Azri kemudiannya bersemuka dengan Sal untuk menyelesaikan masalah tentang hubungan mereka. Azri terkejut apabila Sal bertindak memutuskan hubungan kerana beliau tidak mahu bercinta ketika sedang bersekolah. Sal mahu mereka fokus pada peperiksaan SPM yang akan mereka tempuhi tidak lama lagi.

Sal dan Azri mula tidak bertegur sapa setiap kali mereka bertembung di sekolah. Masing-masing terkesan dengan keputusan yang dipersetujui bersama untuk menamatkan hubungan mereka untuk fokus pada persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Tiba-tiba Sal teringatkan kisah anak Mak Limah, tauke warung ABC yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Sal semakin panik apabila mengetahui yang Azri merupakan anak Mak Limah yang tidak diketahuinya selama ini. Sal bergegas untuk mencari Azri dan dalam keadaan tergesa-gesa melintas jalan, Sal telah dilanggar kereta. Masa berlalu dan sehingga ke hari ini, Sal berada dalam keadaan koma dan terlantar di hospital. 

Muncul pemuda bernama Ray datang melawat Sal hampir setiap hari dan membawa sejambak bunga. Siapakah Ray yang sebenarnya? Apakah Sal berjaya memilih antara Daniel atau pun Ray yang sebenarnya pernah menjalin hubungan dengan dirinya? 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

65 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ombak Rindu The Series Masih Kekal No.1 di Hati Penonton iflix

Syafiq Sakit

Uji Bakat Pelakon Kanak-Kanak Untuk Telefilem BISIK-BISIK