in ,

Syafie Naswip Akui Terasa Hina Apabila Digelar ‘Retis’ oleh Netizen

Pelakon Syafie Naswip memberi teguran kepada orang ramai agar tidak lagi menggelarkannya sebagai ‘retis’ apabila akui ia telah mengguriskan perasaannya.

Menurut Syafie atau nama sebenarnya Mohd Syafie Naswip menerusi sebuah hantaran di Instagram, dia terlebih dahulu memohon maaf sekiranya kenyataanya itu melibatkan beberapa pihak. Pinta Syafie, dia mengharapkan agar mereka dapat menggelarkannya sebagai pelakon ataupun cukup sekadar sebagai manusia biasa berbanding dengan panggilan ‘retis’ yang merupakan bahasa slanga untuk artis.

“Minta maaf jika status ini menyentak hati beberapa pihak. Cuma ingin tegaskan, kalau boleh kalau ada sesi bergambar, proses menyapa atau berbalas komen di Instagram, elaklah menggunakan perkataan ‘retis’.

“Ia sedikit sebanyak seperti menghina pekerjaan saya. Kalau boleh, cukup anda gelarkan saya pelakon, pameran atau manusia biasa daripada kerap menggunakan panggilan itu,”

“Mungkin saya hanya senyum atau tidak memberi reaksi apa-apa, tetapi jujur setiap kali dialog itu diungkapkan, ia sangat menghiris hati saya,”

– Syafie Naswip

Hantaran tersebut turut mendapat sokongan daripada segelintir peminat dan rakan-rakan selebriti yang lain.Bagaimanapun, menerusi carian Murai.my hantaran itu telah pun dipadam tidak lama kemudian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazli Zainal Lancar Single Terbaharu MANTAN YANG TERLUKA

QSR Trading Perkenal Produk Terbaharu – MI ARONA