in , ,

Perjuangan Atlet OKU Lakonan Syafie Naswip Dalam Telemovie IMPIAN TERISTIMEWA

Mengangkat kisah perjuangan insan berjiwa besar, seorang remaja lelaki kurang upaya cuba menempa nama dalam acara balapan di pentas antarabangsa, telemovie bertajuk “Impian Teristimewa” turut mengetengahkan cabaran seorang jurulatih yang penuh dedikasi, menempuh pelbagai dugaan dalam usaha mengharumkan nama negara.

Di sebalik kekurangan yang ada, individu ini sebenaranya mempunyai semangat yang tinggi dan itu adalah perkara ‘luar biasa’ yang mungkin orang tidak tahu. Ini yang cuba ditonjolkan dan dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam telemovie menemui penonton pada 14 Disember ini, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV1.

Saksikan gandingan lakonan mantap Sherwin Sim, Syafie Naswip, P.Jagen, Aznah Hamid dan Ahmad Zahir Hussain dalam telemovie arahan Khairul Anuar Mohd. Noor yang ceritanya dimulakan dengan kejayaan Azman, seorang remaja OKU dalam ujian acara balapan peringkat negeri. Bersama meraikan kejayaan beliau adalah jurulatih dan bapa beliau, Coach Jegan dan Ali. 

babak dalam telemovie Impian Teristimewa

Untuk meneruskan latihan bagi melayakkan diri untuk mewakili negara, Caoch Jegan bercadang untuk melatih Azman di sebuah stadium yang terletak berjauhan dari rumah beliau di kampung. Oleh sebab ketiadaan wang untuk berulang-alik dari kampung, ibu Azman, Minah, meminta bantuan Makcik Yati yang tinggal berdekatan dengan stadium untuk menumpangkan Azman buat sementara waktu. Selain menumpang di rumah Makcik Yati, Azman turut membantu beliau dalam menjalankan perniagaan restoran. 

Seterusnya, Coach Jegan memperkenalkan Ah Meng, seorang atlet OKU kepada Azman untuk berlatih bersama merebut peluang mewakili negara. Hubungan Azman dan Ah Meng semakin akrab kerana selalu berlatih dan pulang ke kampung bersama. 

IMPIAN TERISTIMEWA Azman, Cikgu Jegan, Ah Ming

Latihan mereka membuahkan hasil di mana mereka berjaya melayakkan diri untuk mewakili negara dan mereka berpindah ke pusat latihan yang lebih besar yang dilengkapi dengan kemudahan tempat tinggal dan pemberian elaun. 

Sedang mereka membuat persiapan untuk acara sukan paralimpik di peringkat antarabangsa, mereka dilanda musibah di mana kereta yang mereka naiki terbabas dan mengorbankan Ah Meng. Manakala Coach Jegan menerima kecederaan patah kaki dan Azman hanya mengalami kecederaan ringan. 

Insiden ini melumpuhkan semangat juang Azman kerana amat bersedih dengan pemergian Ah Meng dan Coach Jegan yang masih lagi dalam rawatan. Alia, rakan Ah Meng yang mengagumi kesungguhan Azman menawarkan diri untuk membantu mengembalikan semangat Azman untuk terus berjuang. 

Syafie Naswip jayakan watak atlet OKU

Dibantu dengan kehadiran ibu bapa Azman yang berkunjung melawat beliau, mereka cuba membangkitkan semangat Azman untuk terus berjuang mengharumkan nama negara dalam acara balapan. Namun adakah Azman mampu bangkit? Ikuti kesudahannya di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Janji Aziz Harun Dalam KEMBALI

Anak Nora Ariffin, Alif Johan Meninggal Dunia