in ,

Gambar Anuar Zain di Konsert Kemuncak Suria FM

Aura Anuar Zain makin memuncak walaupun penyanyi bersuara lantang ini jarang tampil buat persembahan di konsert percuma. Mungkin kerana eksklusiviti sebegini membuat harga untuk Anuar Zain melambung tinggi. Setinggi sorakan peminat tatkala beliau muncul menghiburkan pendengar Suria FM di Konsert Kemuncak Suria FM 2010 pada Sabtu lalu.

Muncul dengan jaket hitam dan berbaju T warna hijau dan seluar denim. Wajah Anuar Zain ni tak makan usia, kan?

Terasakan tiga buah lagu iaitu Kau Bunga Cintaku, Keabadian Cinta dan Lelaki ini tak cukup untuk melepaskan rindu peminat. Budiey ingat Anuar Zain akan buat persembahan pada akhir konsert memandangkan ramai yang menunggu kehadiran beliau. Tapi klimaks konsert disudahkan dengan kemunculan semula kumpulan rock XPDC.

Terbaru Anuar Zain akan menjayakan program raya MUZIKAL RAYA SEMUA UNTUKMU anjuran TV3. Sila baca info kat SINI.

BTW, korang nak menang hadiah tak? RM10 ribu? RM20ribu? You all sebut aje. Mungkin nasib anda baik kali ini kerana Suria FM akan memberikan wang beribu-ribu ini kepada anda menerusia Lagu Berduit yang telah bermula semalam. Jadi, dengar-dengarkan Suria FM selalu!

Budiey diberitahun, peraduan ini masih lagi mengekalkan konsep yang sama seperti yang terdahulu. Cuma yang menjadi kelainannya ialah semua lagu ‘live’ yang akan diputarkan adalah melalui rakaman dari lagu-lagu semasa konsert Kemuncak itu dijalankan.

Peraduan Lagu Berduit ini akan bermula pada 26 Julai 2010 iaitu dua hari sejurus tamat “Konsert Kemuncak Suria FM 2010. Artis dan lagu yang akan dijadikan sebagai lagu berduit semuanya terdiri dari artis yang membuat persembahan di Konsert Kemuncak Suria FM 2010.

Cara menyertainya masih sama iaitu melalui khidmat pesanan ringkas SMS, dan yang paling utama ialah sesiapa yang ingin menyertai peraduan lagu berduit ini harus mendaftarkan diri sebagai VIP Suria FM terlebih dahulu barulah layak untuk memenangi sebahagian wang tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Dayang Nurfaizah di Konsert Kemuncak Suria FM

Syafie Naswip Jadi Anak Liar dalam Nur Kasih The Movie