in

Super Boy Satukan 8TV & Hunan TV International

SUPER BOY satukan 8TV dan Hunan TV International untuk pertandingan nyanyian terbesar di China!

SUPER BOY sebuah pertandingan nyanyian yang cukup popular di China kini melebarkan sayap untuk mencari bakat-bakat baru di Malaysia! Program yang mendapat publisiti meluas di China ini telah mendapat sambutan hangat dari penonton dan orang ramai kerana konsepnya yang berbeza dari pertandingan-pertandingan nyanyian yang sedia ada.

SUPER BOY telah berjaya menarik sejumlah 350 juta penonton ketika ia mula bersiaran di China! Pertandingan nyanyian ini bakal membawa 8TV ke peringkat global apabila SUPER BOY memulakan pencariannya di Malaysia bermula bulan depan! Ujibakat dibuka kepada semua peserta lelaki tanpa mengira peringkat umur, bangsa, penampilan atau bahasa.

8TV membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk mencipta nama di gelanggang antarabangsa dengan menganjurkan ujibakat SUPER BOY di Malaysia. Semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama boleh menghadirkan diri ke ujibakat SUPER BOY kerana ini merupakan peluang anda untuk menempa nama dan sekaligus membawa nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Selain dari Malaysia ujibakat SUPER BOY juga dijalankan di Amerika Utara dan Australia.

SUPER BOY telah melahirkan nama-nama besar yang cukup popular di China antaranya Zhang Jie dan Su Xing. Pencarian penyanyi terhebat ini mengalu-alukan kedatangan anda ke sesi ujibakat yang akan diadakan di Prince Hotel, Kuala Lumpur pada 22 dan 23 Mei 2010 dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Lima (5) penyanyi yang berbakat akan dipilih untuk membawa nama ke gelanggang antarabangsa di China.

Mei Sim dan Kyan dari One FM telah diberi tanggungjawab sebagai pengacara sewaktu sesi ujibakat dijalankan. Barisan juri untuk sesi ujibakat di Malaysia ialah Nick yang lebih dikenali dengan nama Milk merupakan penyanyi, pengacara dan penari popular dari Taiwan, Lee Nai Kong – penerbit muzik dari Malaysia dan juga penyampai radio popular Chiong Pei Pei.

Sesi ujibakat ini dibuka kepada semua lelaki warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Penyanyi yang tidak terikat dengan mana-mana kontrak syarikat rakaman dan syarikat pengurusan artis juga dialu-alukan untuk turut serta dalam sesi ujibakat ini.

Jangan lupa untuk membawa kad pengenalan diri anda bersama-sama dengan dua keping gambar terbaru (gambar berukuran 3R – gambar penuh) sewaktu pendaftaran.

Yang pastinya, anda tidak perlu berbangsa Cina atau berbahasa Mandarin, apa yang anda perlukan adalah suara yang mampu memukau pihak juri dan orang ramai. Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri sesi ujibakat SUPER BOY kerana di sinilah peluang anda untuk bersinar sebagai bintang di peringkat antarabangsa!

10 episod terakhir yang akan diadakan dari 2 Julai hingga 3 September 2010 di China akan disiarkan secara eksklusif di saluran hip 8TV setiap Sabtu dan Ahad bermula 10 Julai 2010 hingga 5 September 2010. Manakala peringkat akhir SUPER BOY akan disiarkan secara serentak di lebih dari 20 buah negara pada hari Sabtu, 11 September 2010 pada jam 4.00 petang hingga 6.00 petang.

Edisi khas ujibakat SUPER BOY di Malaysia akan menemui penonton pada 26 Jun dan 3 Julai 2010, jam 4.00 petang. Slot khas ini akan memperkenalkan lima orang peserta yang terpilih untuk mewakili Malaysia di China.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai pertandingan ini menerusi program hiburan popular berbahasa Cina – 8 E-News atau menerusi siaran One FM selaku radio rasmi.

“SUPER BOY merupakan sebuah program yang cukup besar di China. Program ini telah mencipta rekod tersendiri apabila menerima sambutan luar biasa dari orang ramai dan mendapat publisiti yang cukup meluas daripada pihak media di sana.

8TV cukup berbesar hati dapat bekerjasama dengan sebuah stesen televisyen terbesar di China. Ini merupakan peluang yang cukup baik bagi 8TV untuk menerbitkan rancangan-rancangan yang berkualiti dan menjanjikan sesuatu yang baru dan lebih baik untuk penonton kami,” ujar Cik Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

SUPER BOY dibawakan khas oleh 8TV dengan kerjasama Hunan TV International iaitu antara stesen TV terbesar di China dengan jenama Nin Jiom bertindak selaku penaja.

“Kami cukup teruja sebagai penaja utama SUPER BOY. Ini merupakan salah satu daripada initiatif pihak kami untuk membuka platform kepada orang ramai untuk menunjukkan bakat nyanyian masing-masing. Kami yakin pesereta-peserta akan menyukai gula-gula herba Nin Jiom Candy kerana ia mengandungi bahan-bahan semulajadi yang cukup unik yang akan membantu perjalanan kerongkong dan suara anda. Produk ini sememangnya produk yang mesti dimiliki oleh kesemua peserta,” ujar David Mitchell, Ketua Pegawai Operasi Nin Jiom.

Sekiranya anda memenuhi kriteria yang kami cari dan memiliki suara yang bakal mempesonakan orang ramai, jangan ketinggalan untuk hadir ke sesi ujibakat SUPER BOY pada 22 dan 23 Mei 2010 dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Prince Hotel, Kuala Lumpur.

Untuk keterangan lanjut sila layari lama sesawang 8TV di www.8tv.com.my . Anda juga boleh menonton siaran 8TV di saluran 708 Astro atau menerusi telefon bimbit anda di mobile.8tv.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Semerah Cinta Stilleto

Street Fair Deodorant Gatsby Sangat Meriah & Catat Sejarah