in ,

Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Semerah Cinta Stilleto

Salam buat semua pembaca budiman,

Dah tonton filem yang romantik komedi – Semerah Cinta Stilleto? Kalau belum atau mahu menonton kali kedua, apa kata join Movie Day Out anjuran Sensasi Selebriti dan selain dapat menonton bersama pembaca Budiey.com yang lain, Budiey akan menghadiahkan sehelai T-shirt untuk korang berserta dengan hadiah goodie bag istimewa.

Budiey dengan ini ingin menjemput pembaca Sensasi Selebriti yang berminat untuk menyertai Movie Day Out Sensasi Selebriti – Semerah Cinta Stilleto.

Semerah Cinta Stilleto adalah filem romantik komedi lakonan Lisa Surihani, Farid Kamil, Cat Farish, Nanu Baharudin dan ramai lagi.

Bila? Hari Sabtu ini, 24 April 2010, Jam 1.00 tengahari

Waktu Tayangan: 1:20 tengahari

Yuran Sensasi Selebriti: RM5 sahaja untuk seorang

Di mana? Pawagam TGV Suria KLCC, Tingkat 3, Suria KLCC

Kategori: U

Runtime: 87 minit

Kepada pembaca yang join, Budiey akan menghadiahkan sehelai T-shirt bersama dengan hadiah-hadiah GOODIE BAG yang berisi dengan macam-macam hadiah.

Semuanya menanti untuk korang~!

Gallery | 4

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:

  1. Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 6249479 sekarang! Tiket masih ada!
  2. Oleh kerana, sebelum ini, ramai yang bagi nama tapi tak hadir pada hari Movie Day Out, Budiey terpaksa meminta pembaca yang buat panggilan supaya BANK-IN yuran Sensasi Selebriti melalui MAYBANK2U. Nombor akaun akan diberikan semasa panggilan dibuat. Sila hantar resit bayaran Maybank2U kepada 301679630 Fab825Bb6D O | 5
  3. Selepas buat bayaran, barulah nama anda akan disenaraikan. Maaf atas segala kesulitan.

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI SABTU ini ya!

Jom tonton trailer filem Semerah Cinta Stilleto:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Project Alpha Musim Ke 2 Lebih Popular

Super Boy Satukan 8TV & Hunan TV International