in

STYLE Lakonan Ryu Shi Won, Lee Ji Ah, Kim Hye Soo

Slot Best Of The East
Jatuh Cinta Dengan Dunia Fesyen dalam…

STYLE
Hari/Masa siaran: Isnin – Jumaat, 8.30pm – 9.30pm
Tarikh siaran: 15 Oktober 2010 – 15 November 2010
Bahasa: Mandarin
Jumlah episod: 22 x 60 minit

Pelakon: Ryu Shi Won, Lee Ji Ah, Kim Hye Soo, Lee Yong Woo

Berita baik untuk semua peminat drama Korea! Pada bulan Oktober ini, 8TV akan menayangkan drama siri terbaru di dalam slot Best of the East berjudul STYLE, bermula 15 Oktober 2010.

Menceritakan tentang pengalaman hebat Lee Seo Jung (Lee Ji Ah) yang baru menyertai sebuah syarikat majalah fesyen bernama STYLE, dan bekerja dibawah penyeliaan Editor Park (Kim Hye Soo), yang garang, bergaya dan tidak mempunyai belas kasihan. Sementara Seo Jung berusaha menaikkan dirinya di dalam syarikat, dia mendapati dunia fesyen itu tidak indah seperti yang dijangka.

Style (15)

Plot cerita bermula dengan Seo Jung yang bersusah payah menyelamatkan kerjayanya daripada hancur apabila dia menyesal kerana menghantar surat perletakkan jawatan kepada ketuanya, selepas merasa bosan dengan kerjanya yang teruk pada malam sebelumnya. Setelah terlihat sebuah beg mahal di jendela kedai keesokan paginya, dia memberitahu begnya itu supaya menunggu dirinya, dan bergegas ke tempat kerja, dengan harapan agar dia dapat mengambil semula surat perletakkan jawatannya.

Malangnya sudah terlambat, kerana Editor Park telahpun melihat surat tersebut. Selepas puas merayu untuk mendapatkan peluang kedua, Editor Park menerimanya semula, tanpa pengetahuannya bahawa ketuanya itu akan membuatkan hidupnya tidak ubah seperti neraka. Dia ditugaskan untuk membuat kerja-kerja peringkat bawahan, membuat temujanji penggambaran dengan Perdana Menteri wanita, dan melakukan temubual bersama seorang chef handalan Korea, Soo Woo Jin (Ryu Shi Won), yang baru sahaja tiba di Korea dan menolak sebarang temubual.

Terdapat elemen romantis, tikam belakang, persaingan dan penipuan di sepanjang kisah dalam drama ini yang penuh dengan ketawa dan percintaan. Saksikan bagaimana Seo Woo Jin akhirnya menolong Seo Jung menghadapi saat-saat sukar. Apa yang diketahuinya, Woo Jin sebenarnya merupakan bekas kekasih ketuanya sendiri. Adakah situasi yang dihadapi Seo Jung akan memberikan kesan kepada kerjayanya di dalam dunia fesyen?

“Ini bukanlah drama Korea yang biasa anda lihat, kerana ianya lebih kepada pencapaian dan kejayaan seorang gadis cemerkap yang kebetulan bekerja di sebuah syarikat majalah fesyen bertaraf tinggi. Saksikan siri drama Devil Wears Prada versi Korea yang sungguh menarik ini! Drama siri yang bakal membuatkan penonton melekat di kaca TV,” ujar Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.

Saksikan bintang pelakon STYLE, Ryu Shi Won, Lee Ji Ah, Kim Hye Soo dan Lee Yong Woo, membawa anda ke dunia fesyen yang penuh ketawa, tangisan, kisah percintaan, dan muslihat licik. Adakah Seo Jung akan berjaya menghadapi ranjau yang terdapat di dalam dunia fesyen?

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri ini secara eksklusif di 8TV, bermula 15 Oktober 2010, pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 malam. 8TV juga terdapat di saluran Astro 708. Kini anda boleh menonton semula program-program ini menerusi ‘Catch Up’ www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau layari mobile.8tv.com.my untuk menonton program-program menarik di telefon bimbit anda.

Rsd-Style (13)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khabar Haji Astro Oasis

Celcom Launch Nokia C3