in

Khabar Haji Astro Oasis

ASAS JATIDIRI KELUARGA MUSLIM
Astro Oasis teroka dimensi baru dakwah televisiyen

Selepas berjaya menawarkan program berita dan hal ehwal semasa pada musim haji tahun lepas, Astro meneruskan kesinambungan untuk memberikan pilihan terbaik kepada pelanggannya. Berdasarkan maklum balas yang amat positif pada tahun lalu, program Khabar Haji sekali lagi akan bersiaran untuk musim yang kedua pada tahun 1431 Hijrah ini.

Azhar, Tn Hj Izelan Basar (Pengurus Saluran Astro Oasis), Asyraf Dan Aran

Bermula 7 hingga 21 Nov 2010, Khabar Haji akan ditayangkan setiap hari jam 10 malam dari Arab Saudi untuk memberi gambaran visual perjalanan haji pada tahun ini. Bukan sekadar sebuah program berita, penonton akan dibawa untuk lebih memahami perjalanan Rukun Islam yang kelima ini. Manakala sempena kemuncak kepada ibadah haji bermula 9 hingga 11 Zulhijjah*, siaran secara langsung selama sejam akan dibawakan dari Arafah.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Hj Izelan Basar berkata, “Pemilihan Imam Muda, Aran dan Azhar sebagai pengacara serta penampilan khas Imam Muda Asyraf amat bertepatan dengan usaha untuk menggalakkan golongan muda ke Tanah Suci. Selain persediaan rohani, kelebihan daripada segi fizikal yang ada diperlukan untuk melaksanakan setiap rukun serta amalan dalam ibadah haji.

Bersama Krew Yang Akan Menjayakan Program Khabar Haji Bersama Pengurus Saluran Astro Oasis

Khabar Haji musim yang kedua menjanjikan liputan lebih terperinci menerusi beberapa segmen baru yang diperkenalkan. Antaranya sidang telefon jemaah haji di Tanah Suci dengan kaum keluarga yang ditanggalkan di Tanahair, menerokai aktiviti masyarakat setempat termasuk yang berasal daripada Malaysia dan ziarah ke lokasi menarik seperti Kompleks Percetakan Quran Raja Fahd, kebun kurma Madinah dan banyak lagi.

Program berita dalam Bahasa Malaysia ini juga akan disiarkan ke seluruh dunia hasil kerjasama Astro Oasis dan Iqraa TV, Arab Saudi. Malah, Khabar Haji juga boleh ditonton di Arab Saudi menerusi saluran Iqraa TV juga sebahagian Amerika Syarikat, Eropah dan Asia yang mendapat capaian satelit Iqraa TV.

Tambah Izelan, ”Kerjasama kali kedua dengan stesen televisyen berpangkalan di Mesir ini membuktikan wujudnya permintaan daripada masyarakat antarabangsa terhadap program ini.”

Penampilan khas Asyraf dalam Imam Muda juga tepat selepas dinobatkan sebagai Juara Imam Muda.

Tajuk program : Khabar Haji
Produksi : Astro Oasis bersama Layar Consult Sdn. Bhd.
Genre : Siaran Langsung
Durasi : 30 minit
Episod : 15
Tarikh/Hari/Masa Siaran : Bermula 7 Nov 2010 hingga 21 Nov 2010
Jam 10.00 malam ( Setiap Hari )
Episod Istimewa : Hari Wukuf dan Hari Melontar Jamrah
Siaran secara langsung dari Arafah dan Mina selama sejam setiap hari sempena kemuncak kepada ibadah Haji bermula 16 Nov 2010 hingga 19 Nov 2010
Liputan Siaran : Melalui kerjasama dengan Iqraa TV, program Khabar Haji boleh ditonton di Arab Saudi dan juga sebahagian Amerika Syarikat, Eropah dan Asia yang mendapat capaian satelit Iqraa TV
Saluran : Astro OASIS (Saluran 106)

Krew yang akan terlibat:
Penerbit : Abu Hassan Morad
Penerbit Eksekutif : Hjh Nurjannah Mohd Salleh
Pengarah : Abu Hassan Morad
Penyelaras Produksi : Roslan Kassim
Pengurus Produksi : Mohd Yusri Mohd Yusof
Pegawai Perhubungan Korporat : Aliyah Sijari
Editor Berita : Zakaria Sungib
Penyunting ENG : Syed Abdul Razak Syed Abdullah
Pen. Penerbit : Noraina Norani
Juru Kamera 1 : Rosli Mohammad
Juru Kamera & Juru Bunyi : Hussin Omar
Pengacara : Ahmad Azran Ahmad Kamal
: Muhammad Khairul Azhar Ghazali
Penampilan Khas : Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan

Sinopsis :

Program berita dan hal ehwal semasa sempena musim haji 1431 Hijrah bersiaran untuk musim yang kedua. Untuk kali ini, Khabar haji menjanjikan liputan lebih terperinci bersama dua pengacara hebat yang dilahirkan daripada program Imam Muda, Aran dan Azhar dengan penampilan khas Imam Muda Asyraf. Bukan sekadar sebuah program berita, program ini turut mendekatkan penonton dengan segala yang berkaitan dengan Rukun Islam yang kelima ini.

SEGMEN SINOPSIS
1. Berita Segmen pertama ini memaparkan berita terkini dan laporan harian dari Tanah Suci termasuklah peristiwa setempat Arab Saudi yang berkenaan dengan ibadah haji. Perkembangan dari Tabung Haji dan agensi kerajaan yang terlibat dengan pengurusan haji juga akan dilaporkan dari masa ke semasa.

2. Bingkisan Segmen kedua ini lebih bersifat perkongsian cerita dan pengalaman serta pendapat. Turut memaparkan sidang telefon jemaah haji di Tanah Suci dengan kaum keluarga yang ditanggalkan di Tanahair. Penonton akan dibawa untuk melihat sendiri perjalanan aktiviti haji serta peristiwa dan suasana ziarah

3. Laporan Khas Segmen terakhir ini akan melaporkan beberapa perkara yang menarik untuk diketahui. Laporan lebih mendalam seperti lokasi – lokasi menarik ziarah, pencapaian pengurusan haji Malaysia, aktiviti harian penduduk setempat dan sebagainya.

Asyraf

Asyraf

Azhar

Azhar

Aran

Aran

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRON NIGHT: A 3D EXPERIENCE

STYLE Lakonan Ryu Shi Won, Lee Ji Ah, Kim Hye Soo