in ,

Strim Al Jazeera & CNA Secara Langsung Menerusi Dimsum Entertainment

Pelanggan Dimsum Entertainment kini berpeluang mengikuti perkembangan semasa serta menonton berita dalam dan luar negara menerusi penawaran saluran berita terbaharu iaitu Al Jazeera dan Channel News Asia (CNA).

Ditawarkan kepada pelanggan Dimsum Entertainment di Malaysia bermula 14 Oktober 2020, saluran bagi dua agensi berita popular bertaraf antarabangsa ini boleh distrim secara langsung dan ditawarkan percuma.

Sementara itu, Dimsum Entertainment akan turut membawakan siri mini Storm Byte yang popular menerusi saluran e-sukan, TechStorm. Storm Byte merupakan produksi siri original yang diedarkan menerusi pelbagai platform di seluruh dunia. Setiap episod menampilkan pelbagai kandungan eksklusif e-sukan, teknologi dan trend terkini di seluruh Asia.

News Linear

Meliputi pelbagai aspek berita, dokumentari dan program-program menarik, saluran berita Al Jazeera, CNA dan Storm Byte boleh diakses menerusi platform web dan aplikasi peranti pintar.

Selain Al Jazeera, CNA dan Storm Byte, pelanggan Dimsum Entertainment boleh mengikuti perkembangan berita lokal dan luar negara menerusi saluran The Star, R.AGE dan CCTV4 News. Bagi yang gemarkan berita hiburan pula, pelanggan boleh memilih untuk strim saluran-saluran seperti E-News Headlines, i-CABLE, NewShowBiz dan mStar.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi Dimsum Entertainment (@dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bincang Niaga Finale 2020 TV AlHijrah Sasar Bantu Usahawan PKS

Empat Penyanyi Profesional Dicabar di Program Realiti Terbaharu VOKAL MANIA