in ,

Dimsum Membawakan Kandungan Menarik Sempena Tahun Baharu Cina!

Sejak dunia dilanda pandemik Covid-19 sekitar setahun yang lalu, kebanyakan daripada kita telah terbiasa dengan kehidupan berasaskan norma baharu. Selain perlu mengenakan pelitup muka dan mengamalkan kebersihan, aktiviti berziarah dan melawat kaum keluarga serta sahabat handai sempena hari perayaan juga terpaksa dikurangkan.

Melihat pada situasi semasa, tidak hairan jika kedatangan Tahun Baharu Cina pada kali ini juga disambut sedikit sederhana berbanding tahun-tahun sebelumnya. Justeru, kami di Dimsum Entertainment membawakan kepada anda pelbagai kandungan hiburan menarik khas untuk dinikmati sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.

Mulakan sambutan Tahun Baharu Cina anda dengan menyaksikan rancangan 2021 CNY Horoscope yang menampilkan Sora Cheung, pakar metafizik dalam membincangkan perkara-perkara berkaitan 12 zodiak menerusi kalendar Cina. Selain itu, kami turut membawakan Fortune Secrets yang mengetengahkan 12 zodiak daripada perspektif usahawan dan perniagaan.

Mahukan kandungan hiburan dengan elemen muzik? Kami bawakan Live Asia, sebuah konsert yang menghimpunkan ramai artis dari seluruh Asia. Antaranya penyanyi tersohor Aaron Yan, Emma Wu dan wakil dari Malaysia, Jess Lee. Selain itu, antara selebriti yang bakal memeriahkan acara termasuklah Nasi Li, Jia Jia, Power Station dan AKB48 Team. Konsert Live Asia boleh ditonton pada 8 Februari ini dengan episod baharu pada setiap hari Rabu.

Selain Live Asia, kami juga menyediakan sebuah lagi rancangan hiburan menarik iaitu Spring Festival Gala. Menariknya, rancangan ini mempertaruhkan pelbagai bentuk hiburan seperti persembahan komedi, nyanyian, tarian, akrobatik dan silap mata yang dipersembahkan oleh penghibur yang dipilih menerusi sesi uji bakat. Antara artis yang mengambil bahagian menerusi acara ini termasuklah Phoenix Legend, Shang Wenjie, Michelle Bai, Han Lei, Sun Jian dan ramai lagi!

Apalah ertinya Tahun Baharu Cina tanpa kehadiran hidangan makanan enak? Saksikan Cat’s Kitchen-CNY Dishesmenerusi CANBOX untuk mendapatkan inspirasi masakan enak untuk disajikan pada hari sambutan Tahun Baharu Cina nanti.

Tidak terhenti setakat itu, Dimsum Entertainment juga membawakan pelbagai program dokumentari menarik seperti Traditional Favours of GuangdongChinese New YearFlavours of Xinjiang and Tofu Legends: Origin selain Health Moment dan kandungan khas untuk si cilik iaitu New Happy Dad and Son 3: Adventures in Russia.

Masihkah anda ingat dengan drama-drama malar segar seperti My Fair Princess dan Legend of Zhing Kui? Jangan lepaskan peluang menyaksikan dua drama ini berserta beberapa drama menarik lain sambil meraikan kedatangan Tahun Baharu Cina. Kami pasti, anda akan kembali mengimbau pengalaman lalu menerusi barisan drama epik ini.

Kebetulan, sambutan Hari Kekasih pada tahun ini jatuh beberapa hari selepas sambutan Tahun Baharu Cina. Bagi mereka yang sedang bercinta, atau yang sedang mencari pasangan hidup, jangan lupa saksikan siri Girl Next Roomyang menampilkan empat siri mini berbeza iaitu Motorbike BabyMidnight FantasySecurity Love dan Richy Rich. Rangkaian drama cinta dari Thailand ini pasti tidak akan mengecewakan anda!

Menerusi judul-judul menarik yang tersedia sepanjang bulan Februari, kami berharap agar sambutan Tahun Baharu Cina pada kali ini masih kekal meriah. Selamat menonton dan selamat menyambut tahun baharu!

My Fair Princess | 24 Episod | China | Siri Lengkap

My Fair Princess mengisahkan tentang Xiao Yan Zi yang berjanji dengan Zi Wei untuk kembali bersatu dengan ayahandanya yang juga seorang maharaja. Bagaimanapun, konflik dan momen lucu mulai terjadi apabila Xiao Yan Zi disalah anggap sebagai puteru kepada maharaja. Berapa lama Xiao Yan Zi mampu bertahan dengan penipuan bahawa dia bukan puteri sebenar?

PelakonZhao Wei, Ruby Lin

Legend of Zhing Kui | 38 Episod | China | Siri Lengkap

Mengisahkan tentang perjalanan pemburu syaitan dan hantu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kehebatan Zhong Kui menangani kuasa jahat menerusi drama legenda berjudul The Legend of Zhong Kui.

PelakonBobby Au Yeng, Xiaohua Liu, Yujian Lou, Changjian Pan

The Deer and the Cauldron | 61 Episod | China | Siri Lengkap

The Deer and the Cauldron mengisahkan seorang lelaki bernama Wei Xiaobo. Dia dilahirkan di sebuah rumah pelacuran di Yangzhou pada zaman Dinasti Qing. Walaupun tidak berpelajaran dan nakal, namun Wei Xiaobo bercita-cita tinggi untuk keluar daripada kampung dan berhijrah ke Beijing.

PelakonHan Dong, Lemon Zhang, Shawn Wei, Loura Lou

Empresses in the Palace | 76 Episod | China | Siri Lengkap

Tidak semua yang diinginkan di dunia ini mampu dicapai, apatah lagi jika kuasa bukanlah hak milik abadi seorang manusia. Empresses in the Palace mengisahkan tentang seorang wanita bernama Zhen Huan yang dipilih untuk menjadi gundik diraja. Walaupun dia enggan, namun, dia terpaksa bersetuju kerana patuh pada perintah maharaja. Saksikan bagaimana Zhen Huan cuba untuk berjuang demi cinta di sebalik kekayaan harta dan kuasa.

PelakonLi Sun, Jian Bin Chen, Quan Sun, Ada Choi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fikirlah Soal Maruah Keluarga, Ini Pesanan Hatta Dolmat Buat LGBT

Kunjungan Silaturahim Seri Lady & Duta Intan Ladyana Menyantuni Ibu Tunggal