in , ,

Letusan Kuasa Wanita Sepanjang Mac ini di Dimsum Entertainment

Bagaimanakah dengan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina anda yang disambut bulan lalu? Sungguhpun kita terpaksa berhadapan dengan pandemik dan membataskan pergerakan, harapnya sambutan Tahun Baharu Cina kali ini sama meriah dengan yang sebelum ini.

Kembali menjengah bulan Mac dengan kedatangan sambutan Bulan Wanita sedunia, Dimsum Entertainment membawakan kepada anda seleksi drama-drama menarik yang menampilkan pengaruh dan kuasa wanita sebagai subjek utama. Bagi penggemar drama bersiri dari China, Empresses In The Palace pasti menjadi pilihan menarik untuk tontonan anda. Meletakkan perspektif perempuan simpanan Maharaja Qing sebagai plot utama, anda pasti tenggelam dalam kisah cinta penuh emosi, skandal dan pengkhianatan.

Tidak lengkap rasanya membincangkan tentang kekuatan seorang wanita tanpa melibatkan aktres Bella Campen dan Mai Charoenpura yang cukup cemerlang menerusi Repercussion. Tidak hanya menampilkan persembahan yang mantap, Repercussion turut memperlihatkan kedua-dua pelakon ini membentuk cara penghayatan baharu terhadap penceritaan sesebuah drama.

Women Day's Special

Bagi pencinta drama dari Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton The World of the Married dan She Knows Everything. Kedua-dua drama ini merupakan cadangan terbaik untuk tontonan anda yang gemarkan naskhah berkualiti, jalan cerita mantap dan barisan pelakon yang serba boleh.

Selain itu, antara drama lain yang boleh disaksikan sepanjang Mac termasiklah siri malar segar dari Taiwan, My Fair Princess 2 dan My Fair Primcess 3. Disiarkan pada tahun 1998, My Fair Princess merupakan antara drama siri terbaik yang pernah dihasilkan oleh pembikin drama di Asia. Masakan tidak, pelakonnya, Fan Bing Bing turut mencipta kejayaan dalam bidang lakonan sehingga ke Hollywood selepas dikenali menerusi siri ini. Dalam masa yang sama, Dimsum Entertainment turut menyajikan The Heirs yang dibintangi oleh Lee Min Ho, Park Shin Hye dan Kim Woon Bin.

Bagi anda yang menggemari dokumentari, saksikan barisan dokumentari menarik menerusi USilk – antaranya The Chanting of Pu’er Tea, The Great Master Craftmen III, Tofu Legends dan Jiangnan Flavor!.

Jangan lepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam peraduan CNA – Remarkable Living. Saksikan siri terbaharu Remarkable Living yang disiarkan setiap hari Ahad pukul 8.30 malam dan jawab soalan mudah untuk memenangi tiga unit komputer riba bernilai AS$1,000 setiap satu! Untuk maklumat lanjut layari https://stream.dimsum.my/remarkable-living.

Empresses in the Palace | 76 Episod | China | Siri Lengkap

Tidak semua yang diinginkan di dunia ini mampu dicapai, apatah lagi jika kuasa bukanlah hak milik abadi seorang manusia. Empresses in the Palace mengisahkan tentang seorang wanita bernama Zhen Huan yang dipilih untuk menjadi gundik diraja. Walaupun dia enggan, namun, dia terpaksa bersetuju kerana patuh pada perintah maharaja. Saksikan bagaimana Zhen Huan cuba untuk berjuang demi cinta di sebalik kekayaan harta dan kuasa.

PelakonLi Sun, Jian Bin Chen, Quan Sun, Ada Choi

Repercussion | 19 Episod | Thailand | Siri Lengkap

Drama, sengketa dan air mata. Mungkin tiga perkataan ini ampuh memberi gambaran terhadap Repercussion, drama bersiri yang cukup sarat dengan mesej dan pengajaran. Berlatar belakangkan tahun 1960-an, Repercussion mengisahkan tentang seorang pemilik kedai bernama Yoi dengan empat anak lelakinya. 

Yoi sebagai ketua keluarga percaya, apa yang dilakukannya adalah terbaik, terutama untuk masa depan empat cahaya mata kesayangannya – seperti mencarikan isteri yang baik untuk mereka. Bagaimanapun, karma datang menghambat keluarganya apabila tindakan Yoi memakan diri sendiri. 

Pelakon: Mai Charoenpura, Bella Ranee Campen, James Jirayu Tangsrisuk, Thakrit Tawanpong

The World of the Married | 16 Episod | Korea | Siri Lengkap


Kehidupan Ji Sun-Woo boleh dikatakan sempurna. Hidupnya mapan, kariernya sebagai doktor cemerlang. Bersuamikan figura tampan bernama Lee Tae-Oh, mereka turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. 

Sungguhpun kebahagiaan rumah tangga Ji Sun-Woo menjadi buah mulut ramai orang, namun, kesempurnaan itu pecah berkecai saat dia terjumpa pelembab bibir berona merah di saku jaket suaminya serta sehelai rambut merah panjang pada skarf miliknya. Secara tiba-tiba, kelakuan Tae-Oh berubah. 

Suaminya itu seperti menyimpan satu rahsia. Ji Sun-Woo mula berasa curiga dan meminta bantuan daripada pesakitnya. Rentetan daripada petunjuk dan bantuan tersebut, Ji Sun-Woo bertemu dengan satu kesimpulan – suaminya kini berselingkuh. Lebih memberatkan keadaan, perselingkuhan itu terjadi dengan seorang wanita bernama Yeo Da-Kyung yang merupakan temannya sendiri.

PelakonKim Hee-Ae, Park Hae-Joon, Han So-Hee, Park Sun-Young

She Knows Everything | 8 Episod | Korea | Siri Lengkap

She Knows Everything berkisar tentang kes pembunuhan di Pangsapuri Goong.

Lee Goong-Bok atau lebih dikenali sebagai Miss Lee merupakan ejen hartanah yang menguruskan kompleks Pangsapuri Goong. Miss Lee menyedari bahawa kes pembunuhan yang berlaku di kompleks tersebut akan mengganggu rancangannya untuk mengubah suai Pangsapuri Goong serta penghuninya.

Justeru, apabila Detektif In Ho-Cheol berjumpa Miss Lee untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian pembunuhan itu, Miss Lee mesti cuba sedaya upaya untuk membantu Detektif In Ho-Cheol agar individu yang bertanggungjawab membunuh berjaya ditangkap.

PelakonKang Sung Yeon, Jo Han Sun, Kim Do Wan, Park Shin-ah

Dr. STONE S2 | 11 Episod | Jepun | Siri Lengkap

Dr. STONE S2, salah satu judul anime yang paling dinantikan pada tahun 2021 kini boleh distrim menerusi Dimsum Entertainment!

Senku telah berjaya mengembalikan peradaban manusia daripada fasa kemusnahan. Bagaimanapun, dia kini perlu berdepan dengan Empire of Might, yang dibangunkan oleh Tsukasa Shishio, antagonis utama pada musim pertama.

Setelah melakukan persiapan selama beberapa bulan, Senku dan sekutunya bergerak untuk mengambil alih Empire of Might dengan ciptaan terbaharu mereka. Namun, mereka harus mengatasi ancaman terbesar di kerajaan Tsukasa, iaitu Leftanan Hyoga.

Pada akhir Perang Batu, hanya cita-cita satu pihak yang akan menang!

Pelakon suaraYuusuke Kobayashi, Nakamura Yuuichi, Kengo Kawanishi, Akira Ishida, Manami Numakura, Reina Ueda

Horimiya | 11 Episod | Jepun | Siri Lengkap

Kyoko Hori merupakan pelajar sekolah menengah yan cantik dan pandai. Sebaliknya, rakan sekelas Hori, Izumi Miyamura sangat pendiam dan tidak rapat dengan rakan-rakan yang lain.

Walaupun dia mempunyai imej yang sempurna di sekolah, Hori sebenarnya suka terperap dan menghabiskan masanya di rumah daripada bersosial di luar. Namun, dia cuba merahsiakan hal ini daripada rakan sekelasnya. Suatu hari, adik lelaki Hori, Souta dibantu oleh seorang lelaki berpenampilan yang dikenali sebagai Miyamura. Walaupun mempunyai keperibadian yang berbeza, kedua-duanya mereka berpendapat bahawa mereka mampu meneruskan persahabatan bersama.

Pelakon suaraHaruka Tomatsu, Koki Uchiyama, Seiichiro Yamashita & Yurie Kozakai

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi Dimsum Entertainment (@dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia).

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Anak Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Ridza Bernama Isaac Raees, Kini Dah Ada Akaun Instagram

PM Tetamu Pertama Masuk Kaabah Sejak Penularan Covid-19