in ,

Empat Penyanyi Profesional Dicabar di Program Realiti Terbaharu VOKAL MANIA

Betul ke empat penyanyi profesional, Aina Abdul, Indah Ruhaila, Lan Solo dan Tomok bertanding dengan 24 orang penyanyi amatur demi sejumlah daripada hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM80,000?

Ya, mereka akan bertanding dalam program realiti terbaharu TV3, Vokal Mania, secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam! Dibawakan khas oleh Mamee London Roll, “Enak di makan, mudah dinikmati setiap masa” dan Domino’s Pizza, “Aneka pilihan untuk semua” selaku penaja bersama, Vokal Mania akan bersiaran secara langsung bersama Dato’ AC Mizal selaku hos utama dan Azira Shafinaz selaku hos bersama, sepanjang sembilan episod pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam hingga 10.30 malam bermula 24 Oktober 2020.

LOGO VOKAL MANIA

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Dato’ Khairul Anwar Salleh

Alhamdulillah kami kembali dengan program hiburan siaran langsung seperti dahulu kala, bermula dengan Vokal Mania ini.

Kekangan demi kekangan terpaksa kita hadapi kerana penularan wabak COVID-19 ini sebagai satu rakyat. TV3 tetap akan galas tanggung jawab dalam menyajikan program-program hiburan terbaik untuk tontonan semua.

Hadirnya Vokal Mania yang mempunyai format serba baharu, kami harapkan para penonton semua dapat berkumpul seisi rumah, seisi keluarga merapatkan hubungan silaturahim sambil berhibur bersama kami.”

Dato’ Khairul Anwar Salleh

Format program ini sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana 24 orang penyanyi amatur (Rookie) akan bertanding dengan empat orang penyanyi profesional (Idol) dan berpengalaman. Setiap persembahan penyanyi (profesional dan amatur) akan dinilai 100% oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap.

Walau bagaimanapun, penonton di rumah boleh mengundi Rookieuntuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod melalui www.xtra.com.my/vokalmania. Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70% daripada undian awam, dan 30% daripada penilaian juri tetap. 

Kesemua Rookie ini akan dibahagikan kepada enam episod di mana setiap episod akan memperlihatkan seramai empat orang Rookie membuat persembahan dan berentap dengan keempat-empat Idol secara solo dan duet demi mengumpul mata.

Hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 menanti setiap Rookie yang berjaya menewaskan Idol masing-masing dalam setiap pertarungan. Pada pentas akhir nanti, hanya 1 Idol dan 1 Rookie akan dinobatkan sebagai juara bagi kategori masing-masing.

Berikut adalah senarai Rookie yang akan mencabar Aina Abdul, Indah Ruhaila, Lan Solo dan Tomok:

NAMA ROOKIEUMURASALPEKERJAAN
AEDY KAMA23KUALA LUMPURPENYANYI
AFIEQ SHAZWAN23SELANGORPELAJAR
AISHA RETNO20KUALA LUMPURPELAJAR, PENYANYI
ALIF KADIM28KUALA LUMPURPENYANYI SAMBILAN
AUFAHANIE17SELANGORPELAJAR
DANIAL CHUER19SABAHPELAJAR
DANIESH SUFFIAN21SABAHPENYANYI
DAUS HUSNY21JOHORPELAJAR
ERANZZ LAMBERT33KUALA LUMPURPENYANYI SAMBILAN
ERIN23PERAKPELAJAR
FATIN AFEEFA26SELANGORPELAKON, PENYANYI
FIERA25JOHORPENYELIA KEDAI
HAKEEMZAMALL22SELANGORPELAJAR, TUKANG GUNTING RAMBUT
HARIZ DANIAL24JOHORPELAJAR
NISHA HAQUE24SELANGORGURU TUISYEN
NUHA BAHRIN20SELANGORPELAJAR
NURSYAFIQNASER25PERAKEKSEKUTIF PEMASARAN & KANDUNGAN
QIEM CHURROS18TERENGGANUPELAJAR
RAZAK A’AI25SARAWAKPENYANYI, KOMPOSER
TUAH ADZMI22SELANGORPENYANYI, KOMPOSER, PENULIS LIRIK, YOUTUBER
WAFARIENA25PULAU PINANGPELAKON, PENYANYI, MODEL
YUVEENA21KEDAHPELAJAR
ZAREEF SEIN20KUALA LUMPURPELAJAR
ZETTY RASHID27PAHANGPENYANYI, PENULIS LIRIK, EJEN LPPSA

Program ini turut mendapat sokongan rakan-rakan media digital OhBulan!, xtra.com.my dan Senang Terhibur, serta rakan radio Hot FM.

Nantikan kemunculan Vokal Mania di kaca televisyen anda pada 24 Oktober 2020 nanti. Siapakah yang akan memenangi sejumlah wang daripada hadiah wang tunai berjumlah RM80,000?

Saksikan Vokal Mania setiap hari Sabtu, pada pukul 9 malam, di TV3! Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my. Layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut. Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan #vokalmania.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Strim Al Jazeera & CNA Secara Langsung Menerusi Dimsum Entertainment

Meraikan Ahli Etnografi Kelahiran Sarawak, Benedict Sandin