in , ,

Dimsum Entertainment Kini Boleh Ditonton Menerusi Maxis TV 2.0

Penyedia perkhidmatan penstriman video berdasarkan permintaan Dimsum Entertainment, yang juga sebahagian daripada Star Media Group menjalinkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, Maxis, bagi penawaran seleksi hiburan terbaik mengikut selera pengguna menerusi platform Maxis TV 2.0.

Maxis TV 2.0 merupakan sebuah platform yang terdiri daripada beberapa penyedia perkhidmatan penstriman video berdasarkan permintaan popular di Malaysia. Pengguna boleh memilih penyedia serta kandungan hiburan mengikut pilihan masing-masing dan menonton kandungan tersebut secara terus. Seleksi kandungan yang tersedia dipilih dengan teliti agar pengguna dapat menikmati hiburan yang maksimum dengan harga berpatutan.

Menerusi kerjasama ini, lebih banyak kandungan menarik daripada Dimsum Entertainment dapat disaksikan menerusi platform tersebut. 

Pengguna di Malaysia boleh mula melanggan Maxis TV 2.0 dengan mendaftar dan memilih pakej yang paling sesuai dengan cita rasa masing-masing. Terdapat 3 pakej yang tersedia iaitu The Single Pass, pas harian pada harga RM3 + 3GB; pas mingguan pada harga RM5 + 5GB; dan pas bulanan pada harga RM 99 + 10GB. 

Dimsum Entertainment X Maxis Tv 2.0

Pilihan kedua iaitu 2-OTT Pass membolehkan pengguna memilih dua platform penstriman pada harga RM18 sebulan dengan data internet tanpa had. Manakala pilihan ketiga, Unlimited Pass turut menawarkan data tanpa had dengan yuran langganan bulanan RM42.

Lebih istimewa, setiap pengguna baharu yang mendaftar Dimsum Entertainment menerusi Maxis TV 2.0 bakal menerima tempoh percubaan selama 30 hari secara percuma.

Ketua Pegawai Pemasaran Dimsum Entertainment, Lam Swee Kim menyatakan rasa teruja dengan kerjasama yang terbentuk antara Dimsum Entertainment dan Maxis.

“Kami di Dimsum Entertainment sangat gembira menjadi sebahagian daripada barisan OTT di Maxis TV 2.0. Kami teruja kerana dapat memperluaskan jangkauan kami selain mempersembahkan kepada penonton tawaran-tawaran menarik oleh Dimsum Entertainment. Antara kandungan yang ditawarkan merangkumi drama dan filem dari Thailand, China Korea, Jepun, Indonesia dan Singapura serta anime. Maxis TV 2.0 adalah platform ‘masa depan’ kerana membolehkan penonton mengakses kandungan video secara bufet.”

Antara kandungan yang pilihan Dimsum Entertainment untuk Maxis TV 2.0 termasuklah: Drama-drama daripada Thailand seperti The Crown PrincessMy Husband In LawDeceitful LoveLove DestinyThe Last Promise dan terbaharu, Repercussion. Selain itu, pelanggan juga boleh menyaksikan beberapa kandungan dari China seperti Heavenly Sword Dragon Slayer SaberThe Twin Flower Legend dan Ming Dynasty, serta drama korea popular, The World of The Married.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi Dimsum Entertainment (@dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia).

Tentang Dimsum Entertainment

Dimsum Entertainment adalah perkhidmatan video-on-demand (VOD) Malaysia yang beroperasi di bawah SMG Entertainment Sdn Bhd, sebahagian dari The Star Media Group menawarkan kandungan Asia menerusi tontonan di aplikasi mudah alih, aplikasi televisyen serta halaman web.

Kandungan siaran dalam Dimsum Entertainment memfokuskan pada drama bersiri dan rancangan daripada rakan kongsi siaran terbaik di seluruh Asia.  Dimsum Entertainment telah memiliki kebenaran siar serentak dari China, Taiwan, Thailand serta Jepun. Kandungan siarannya termasuklah filem, drama, dokumentari, variasi, animasi serta kandungan kanak-kanak dari China, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Korea Selatan, Singapura, Indonesia, Malaysia dan India.

Dimsum Entertainment yang kini boleh dilanggani di Malaysia, Brunei dan Singapura, menawarkan kandungan berdefinisi tinggi dengan tawaran akses sehingga ke 5 peranti serentak kepada pengguna, dengan pilihan muat-turun untuk tontonan luar talian. Ciri-ciri lain yang ditawarkan termasuklah kawalan ibu bapa serta sarikata dalam pelbagai bahasa. Dimsum Entertainment turut menyokong aplikasi Chromecast, Apple AirPlay, Samsung Smart TV dan Android TV.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khairul Anwar Salleh | 23

ntv7 Kini Sebagai Hub Pendidikan Malaysia Akses Kepada Pembelajaran Berkualiti

Namanzee | 24

Dalam Rezeki Kita Ada Hak Orang Lain, MY.H.A.U.S Minggu Ini Papar Kisah Istimewa