in ,

Special Showcase Jaclyn Victor Sempena Pinktober

“Pinktober” adalah kempen kesedaran kanser payudara yang dilancarkan oleh Hard Rock mempersembahkan Jaclyn Victor untuk menjayakan showcase bagi menyokong Breast Cancer Welfare Association Malaysia.

Pelakon dan penyanyi ini yang lebih popular dengan nama Jac telah bergabung tenaga untuk menjayakan showcase amal ini yang akan diadakan pada 31 Oktober 2010, 11pm.

Jaclyn Victor

Penyanyi bersuara lantang ini lebih dikenali dengan kebolehannya untuk menyanyi lagu bernada tinggi, vocal yang mantap dan suara yang luar biasa. Setiap persembahan yang dijayakan samada didalam dan diluar Negara sentiasa mendapat perhatian para juri dan menjadi kukuh dengan memenangi Malaysian Idol dan Ikon Malaysia yang julung kali diadakan.

Sejak album pertamanya pada 2005, karier Jac dilihat semakin berkembang dan memenangi beberapa anugerah berprestij seperti “Album Pop Terbaik” dan “ Album Terbaik” di Anugerah Industri Muzik 2005, “Vocal Terbaik Di Dalam Album” Anugerah Industri Muzik 2006 dan banyak lagi. Pembabitan pertama kali dalam bidang teater juga berhasil dan mendapat pujian apabila diberi kepercayaan untuk mendukung watak “Jessey” didalam Cuci The Musical 2.

Nantikan persembahan mantap dari Jaclyn bersama barisan pemuzik yang terbaik dan dibimbing oleh Aubrey Suwito.

Jaclyn sedang bersiap sedia untuk memberi persembahan terbaik untuk para peminatnya “Saya sangat teruja dengan showcase ini kerana sudah lama saya tidak berkesempatan untuk menghiburkan peminat saya” kata Jac. “Saya sangat gembira dan berbesar hati untuk menyokong persatuan ini, sama-sama kita berhibur pada malam itu sambil memderma! Jumpa anda disana!.

“Kami amat teruja untuk berkerjasama dengan Jaclyn Victor untuk mempamerkan persembahan yang hebat,” kata wakil Hard Rock. “Ianya sungguh hebat Jaclyn berkongsi misi Hard Rock bagi menyatukan music bersama showcase amal. Jac seorang penyanyi yang sentiasa memukau dengan persembahan nya, ia semestinya akan meninggalkan impak dihati semua pengunjung,” tambahan wakil Hard Rock itu.

“Tujuan utama kami adalah untuk mewujudkan kesedaran kepada masyarakat tentang kesihatan payu dara dan pengesanan awal kanser payu daya melalui kempen sebegini. Melalui kempen ini, wanita dari semua peringkat umur akan menyedari kepentingan untuk menjalankan ujian dan pemeriksaan klinikal bagi mengenalpasti jika terdapat symptom kanser.” Kata Cik Ranjit, President Breast Cancer Welfare Association Malaysia .

“Kami berasa gembira untuk bergabung bersama Hard Rock dan Jaclyn Victor untuk memberi pendekatan yang lebih untuk kanser payudara, tambah Cik Ranjit.

Kempen Pinktober yang dilancarkan oleh Hard Rock ini merupakan kempen antarabangsa yang diadakan dibulan Oktober setahun sekali.. kempen ini ada membawa barangan edisi terhad yang boleh didapati di The Rock Shop.

Antara barangan itu adalah koleksi pin, gelang tangan dan t-shirt. Sebahagian daripada jualan barangan Pinktober akan disalurkan kepada Breast Cancer Welfare Association Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan menarik Jaclyn di Hard Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2010, 11pm. Pembayran sebanyak RM 55 ( termasuk 1 minuman ringan ) dikenakan untuk setiap seorang. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hard Rock Café di talian 03 -2715 5555.

Jaclyn Victor

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pelakon Abu Bakar Ariffin Meninggal Dunia

Muzika Ekstravaganza Satukan Malaysia Singapura