in , ,

Jaclyn Victor First Solo Concert Ubati Rindu Peminat Pada 12 Oktober Ini

Bukan Mimpi Ini Realiti, Jaclyn Rayakan Pembabitan Dua Dekad Jadi Anak Seni

Layak digelar Ratu Pertandingan Program Realiti, berita yang ingin diumumkan ini bukan mimpi.

Jaclyn Victor, penyanyi wanita dengan vokal yang cukup hebat dan mempunyai signature tersendiri sewaktu membuat persembahan, julung kalinya akan mengadakan konsert berskala besar.

Konsert yang dinamakan Jaclyn Victor First Solo Concert ini juga menandakan perjalanan karier pemilik nama sebenar Jaclyn Joshua Thanaraj Victor dalam dunia hiburan yang penuh pancaroba.

Jaclyn Victor First Solo Concert Ubati Rindu Peminat Pada 12 Oktober Ini

Pertama kali dikenali lewat kejuaraan di Malaysian Idol dan lagu Gemilang membuat namanya harum di Nusantara, Jaclyn selepas itu terus mencetak kejayaan demi kejayaan baik dalam penyertaan program realiti termasuk Gegar Vaganza serta untaian lagu dendangannya yang menjadi hit.

Kini, cukup buat peminat hanya menonton di kaca televisyen atau mendengar lagu miliknya di corong radio.

Dipersembahkan oleh RAG DOLL RECORDS, dengan hasil kerjasama Banyak Bagus Entertainment dan Awake Productions dengan bangganya membawakan JACLYN VICTOR FIRST SOLO CONCERT yang akan berlangsung pada 12 Oktober 2024 di Zepp Kuala Lumpur. 

Palm Garden Hotel, Putrajaya berbangga menganjurkan Sidang Media bagi Jaclyn Victor First Solo Concert yang berlangsung di Madam Lee  pada 14 Jun 2024.

“Pihak Palm Garden Hotel, Putrajaya merasa terhormat apabila Banyak Bagus Entertainment sudi menjadi rakan kolaborasi kami untuk menjayakan sidang media bagi konsert julung bersama Jaclyn Victor.

“Kami percaya dengan pelbagai pencapaian yang telah diperoleh dan Jac sebagai salah seorang penyanyi wanita disegani di Malaysia, Jaclyn Victor First Solo Concert akan menjadi sebuah konsert yang memberi kepuasan kepada semua peminat beliau.

“Bersama Banyak Bagus Entertainment juga kami berencana untuk menganjurkan lebih banyak lagi konsert atau acara hiburan selepas Jaclyn Victor First Solo Concert,”ujar  Pengarah Kluster Jualan & Pemasaran IOI Properties Group, Tan Lee Fong.

Bagi Jaclyn sendiri, penganjuran Jaclyn Victor First Solo Concert adalah sebuah penghormatan buatnya selain sebagai signifikan kewujudan beliau sebagai seorang penghibur yang masih relevan.

“Pertama kali membincangkan tentang Jaclyn Victor First Solo Concert bersama Banyak Bagus Entertainment selaku rakan penganjur, jujur saya gemuruh tapi sangat teruja.

– Jaclyn

“Jaclyn Victor First Solo Concert akan menjadi konsert sulung dan besar untuk saya. Saya percaya tempoh 20 tahun menjadi anak seni dan mengutip ilmu serta pengalaman, sudah masanya saya menghiburkan peminat dalam sebuah konsert sebagai penghargaan terhadap sokongan mereka sehingga nama Jaclyn Victor masih kekal relevan sehingga dua dekad,” kata Jaclyn tentang konsert yang dipersembahkan oleh Rag Doll Records ini. 

Jaclyn Victor First Solo Concert Ubati Rindu Peminat Pada 12 Oktober Ini

Jaclyn Victor First Solo Concert akan menyaksikan penyanyi berusia 45 tahun tersebut mendendangkan sekitar 25 buah lagu dengan kebanyakannya lagu berbahasa Melayu dan lagu saduran yang dibawakan dalam versi beliau.

Karyawan seni ber prolifik, Genervie Kam diberi tangungjawab sebagai Pengarah Muzik Jaclyn Victor First Solo Concert.

Jadi tunggu apa lagi? Jangan sampai anda melepaskan atau terlepas peluang menonton Jaclyn Victor First Solo Concert yang julung kali diadakan selepas dua dekad pembabitan Jaclyn Victor dalam industri muzik tempatan.

‘Kunci’ tarikh 12 Oktober 2024 dan hadir beramai-ramai ke Zepp Kuala Lumpur untuk menyaksikan lagu-lagu seperti Ikut Rentakku, Cinta atau di Bawah Pohon Asmara disampaikan dengan susunan muzik yang lebih segar dalam Jaclyn Victor First Solo Concert ini.

Tiket berharga RM 258 (JAGALAH DIRI),RM 328 (CINTA TIADA AKHIRNYA), RM 388 (BERTAMU DI KALBU), RM 438 (IKUT RENTAKKU), RM 488 (GEMILANG), RM 688 (VIP) DAN RM 8888 (VVIP- BOX untuk 10 orang) sudah mula dijual mulai 6 Jun 2024 pada pukul 12 tengah hari  di www.livepass.asia

INFORMASI

ACARA: JACLYN VICTOR FIRST SOLO CONCERT

TARIKH: 12 OKTOBER 2024

LOKASI: ZEPP KUALA LUMPUR

DIPERSEMBAHKAN OLEH: RAG DOLL RECORDS  

PENGANJUR BERSAMA: BANYAK BAGUS ENTERTAINMENT DAN AWAKE PRODUCTIONS

RADIO RASMI: ERA FM, SINAR FM & GEGAR FM 

DIGITAL RASMI: ASTRO GEMPAK

Jaclyn Victor First Solo Concert Ubati Rindu Peminat Pada 12 Oktober Ini

TIKET: 

RM 258 (JAGALAH DIRI) 

RM 328 (CINTA TIADA AKHIRNYA)

RM 388 (BERTAMU DI KALBU)

RM 438 (IKUT RENTAKKU)

RM 488 (GEMILANG)

RM 688 (VIP) 

RM 8888 (VVIP- BOX untuk 10 pax)

PEMBELIAN: www.livepass.asia

TARIKH JUALAN: 6 JUN MULAI 12 TENGAH HARI 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Suria FM Raih Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ 2024

Syazia Collection Hulur Bantuan Ringankan Beban 100 Orang Asnaf