in ,

“Saya Tak Kejar Tempat Pertama Dalam Gegar Vaganza,” – Jaclyn Victor

Penyanyi Jaclyn Victor enggan memberi tekanan kepada dirinya untuk mengejar kedudukan tertinggi pada setiap konsert mingguan All Stars Gegar Vaganza (GV10).

Jaclyn juga dia tidak mahu meletakkan sebarang harapan tinggi sebaliknya hanya memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan walaupun dilanda dugaan seperti jangkitan virus pada peti suara baru-baru ini.

“Saya tidak mengejar kedudukan pertama, kedua atau sebagainya.
“Buat masa sekarang hanya mahu fokus sepenuhnya dan berikan nyanyian yang terbaik setiap minggu sahaja,”

– Jaclyn

Jac juga menolak untuk membaca komen-komen yang ditulis netizen dalam media sosial bagi menjaga kesihatan mentalnya.

“Kalau boleh tak mahu mengundang sebarang masalah pada diri sendiri dan sakit hati,”

– Jaclyn

Juara GV musim kesembilan itu juga berpendapat wujud segelintir netizen hari ini yang hilang sifat sopan apabila melemparkan komen dalam media sosial.

Dia juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa berpada-pada apabila menulis komen yang adakalanya boleh menggores hati mana-mana pihak.

“Jadi, walaupun media sosial adalah platform utama, saya lihat ramai yang sudah mula lupa kesopanan. Asyik nak maki sahaja.
“Bukan nak menegur tetapi kena fikir juga sekiranya anak-anak mereka pula yang kena satu hari nanti. Apa yang berlaku sekarang mungkin akan berbalik pada diri sendiri satu hari nanti.
“Jadilah baik dan saling hormat-menghormati daripada asyik mengecam sahaja,”

– Jaclyn

Semalam, Jaclyn diumumkan sebagai peserta yang meraih markah tertinggi sekaligus melayakkan dirinya melangkah ke peringkat suku akhir minggu depan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Qisya Hairulzain Gementar Bawa Watak Kanak-Kanak Pekak Dalam Filem MagiK

Nora Ariffin Keluar ICU, Syukur Diberi Peluang Hidup Kedua