in , ,

Rakam Kembalilah, Jaclyn Victor Teruja Dilamar Gerald Sellan & Adrian Puan 

Jaclyn Victor yang terserlah dengan vokalnya yang mantap dan padu, kini muncul dengan single terbaharunya iaitu ‘KEMBALILAH’.

Lagu istimewa ini ditujukan khas buat peminat setianya yang sentiasa memberi sokongan sepanjang 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni. 

Jaclyn begitu teruja apabila dilamar oleh komposer dan penulis lirik kreatif iaitu Gerald Sellan dan Adrian Puan.

“Mula-mula tu saya memang terkejut apabila Gerald dan Adrian approach saya dan beritahu yang mereka nak saya nyanyikan lagu hasil karya mereka.
Kedua mereka ni berada di New York! Jadi, saya pun terbang ke sana untuk merealisasikan impian mereka dan juga diri saya sendiri.
Semasa proses pembikinan di dalam studio dan menghafal lirik, saya terus jatuh cinta dengan lagu ini. 

– Jaclyn
Jaclyn Victor Hadiahkan Single KEMBALILAH Buat Peminat Setia

Setiap bait lirik lagu ini mempunyai makna yang sangat mendalam. Lagu ‘KEMBALILAH’ ini mempunyai mesej yang kuat iaitu menyentuh tentang iman, harapan, cinta abadi, peluang kedua dan juga kelahiran semula (faith, hope, everlasting love, second chances and re-birth).

Melodi lagu ini sememangnya mendayu dan penuh bermakna. Bayangkan betapa terujanya saya dapat menyanyikan lagu ini kerana pembikinan lagu ini sahaja memakan masa lebih 10 tahun. Ini yang dinamakan “peluang kedua”.

Jaclyn Victor Hadiahkan Single KEMBALILAH Buat Peminat Setia

Walaupun mengambil masa yang lama tetapi ia pasti datang dan jangan sekali-kali berputus-asa!” 

Ini turut diakui oleh Gerald Sellan, selaku komposer lagu istimewa ini.

“Sejujurnya saya adalah peminat tegar Jaclyn Victor dan percaya dengan bakatnya sebelum Malaysian Idol muncul. Bekerja dengan Jaclyn adalah seolah-olah impian menjadi kenyataan! Ketika menulis lirik ‘KEMBALILAH’, suara Jaclyn yang berlegar-legar di dalam kepala saya!
Bayangkan betapa minatnya saya dengan vokal beliau. Harapan kami walaupun lagu ini ditulis dalam Bahasa Malaysia, para pendengar dapat menghayati kandungan lirik yang penuh bermakna ini dan sekaligus menangkap emosi pendengar seluruh dunia.
Saya percaya, bahasa bukan penghalang apabila ianya berkaitan dengan lagu yang asli apatah lagi bila ianya menyentuh emosi pendengar.” 

– Gerald Sellan

Jaclyn merupakan bintang legenda dan senang untuk bekerja dengannya. Itu yang diungkapkan oleh Adrian selaku penulis lirik.

“Memang bertuah dan seperti satu penghormatan apabila dapat bekerja dengan seseorang yang berkaliber dan dihormati ramai. Bagi saya, tiada siapa yang layak untuk menyanyikan lagu ‘KEMBALILAH’ ini kecuali Jaclyn! Diharapkan lagu ini bukan sahaja menjadi siulan pendengar Malaysia, namun di luar negara juga.” 

– Adrian

‘Kembalilah’ merupakan lagu single pertama hasil Jaclyn sendiri setelah hampir 20 tahun berkecimpung di dalam bidang seni. Inilah salah satu daripada impian Jaclyn ketika mula-mula menjejakkan kaki ke dalam persada muzik.

Jaclyn Victor Hadiahkan Single KEMBALILAH Buat Peminat Setia

Ini merupakan kejayaan terbesar buat dirinya kerana berjaya menghasilkan lagu single pertamanya di bawah naungan syarikatnya sendiri iaitu Rag Doll Records!

Bermula dari pemilihan lagu, terbang ke New York seorang diri untuk membuat rakaman di studio sahabat baiknya Adrian dan Gerald, perancangan promosi sehinggalah ianya berkumandang di corong-corong radio serta di platform digital. Semuanya adalah hasil titik peluhnya sendiri. 

‘KEMBALILAH’ lagu bergenre pop ballad edaran Believe ini telah dilancarkan di semua platform digital serentak pada 26 Mei 2023 lalu.

Lirik muzik video ‘KEMBALILAH’ juga sudah boleh ditonton di laman YouTube, https://www.youtube.com/@Jaclyn_Victor dan muzik video rasmi pula pada Jumaat ini, 2 Jun 2023. 

Jaclyn Victor Hadiahkan Single KEMBALILAH Buat Peminat Setia

LIRIK BAGI LAGU ‘KEMBALILAH’. 

Komposer/Penulis lirik: Gerald Sellan & Adrian Puan

Penerbit: Mux Ryzor@ Marcus Lim & Gerald Sellan 

Verse:
Kehadiranmu paling penting dalam kehidupanku
Namun aku tak berdaya, mengekalkan apa yang kita ada Memori kita bersama menghantui diriku
Tapi ku hanya mampu mempersalahkan diriku Oh….Ohhhh… 

Chorus:
Kembalilah sayang ke pangkuanku Kembalikanlah cintamu terhadapku 

Verse:
Ku menyesali segala perbuatanku padamu Namun semuanya terlambat, kerna’ kamu sudah meninggalkan daku 

Chorus:
Kembalilah sayang ke pangkuanku Kembalikanlah cintamu terhadapku Kembalilah sayang ke pangkuanku Kembalikanlah cintamu terhadapku 

Bridge:
Menghayati semua kenangan yang
terpendam di lubuk hatiku
Memikirkan setiap belaian dan usapanmu terhadapku Mahu menebus segala salah silapku
Tak mampu meneruskan tanpa mu 

Chorus:
Kembalilah sayang ke pangkuanku
Kembalikanlah cintamu terhadapku
Ku berjanji tuk’ membelaimu setiap waktu
Ku berjanji akan menyintaimu sepenuh jiwa dan raga Kembalilah sayang ke pangkuanku
Kembalikanlah cintamu terhadapku 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PUTERI SARAH LIYANA

Puteri Sarah Lancar Buku Terus Melangkah, Dedah Kisah Figura Inspiratif 

MUSE

Lokasi Konsert Muse: Will Of The People World Tour 2023 Telah Ditukar