in

Soo Wincci Kini Jadi Pereka Kasut Jenama XES

MELANGKAH DENGAN KASUT SOO WINCCI
Bakat ratu cantik terserlah dengan rekaan rangkaian kasut premium baru

Sebagai seseorang yang melalui gaya hidup wanita muda zaman moden hari ini, selebriti Soo Wincci memang arif akan kehendak wanita sepertinya serta keinginan mereka untuk sentiasa terkini mengikut aliran fesyen semasa.

Soo Wincci, wanita serba boleh lagi berbakat memiliki profil yang mengagumkan: beliau dimahkotakan sebagai Ratu Dunia Malaysia 2008 / 2009 dan kini turut memakai gelaran sebagai artis rakaman, pelakon, fesyenista landasan, komposer, selebriti MasterChef, DJ radio, gadis muka depan majalah dan calon PhD. Ramai menganggap status selebriti dan gaya hidup beliau yang penuh glamor tetapi memenatkan dianggap sebagai simbol kewanitaan muda mutlak, dan ciri-ciri tersebut menarik pereka kasut XES menyunting beliau untuk mereka rangkaian kasut dan beg tangan wanita yang baru.

Soo Wincci

Kemasukan julung-julung kalinya ke dalam dunia kasut wanita dan rekaan aksesori memaparkan rangkaian kasut wanita Soo Wincci yang direka khas untuk wanita dewasa bekerja dari kelas pertengahan serta dibentuk khas supaya ianya tampak selesa bergaya.

Rangkaian ini terdiri daripada enam jenis rekaan kasut tumit ‘menjulang’ tinggi dan setiap satu darinya direka dengan warna-warnanya tersendiri yang mampu dipadankan dengan personaliti dan gaya masing-masing. Harga runcit untuk rangkaian kasut ini adalah RM139.90 sepasang manakala koleksi akan datang boleh didapati pada lingkungan harga RM109.90 ke RM159.90, dan boleh didapati di 25 cawangan utama premium XES di Malaysia termasuk KL Festival City Mall, AEON Mahkota Cheras, Giant Kota Damansara, AEON Anggun Rawang dan juga cawangan-cawangan dari Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Tambahan lagi, Soo Wincci akan turut memperkenalkan rangkaian beg tangan beliau pada suku tahun kedua 2013.

Bercakap mengenai inspirasi di sebalik reka bentuk kasut beliau, Soo Wincci berkata, “Rekaan kasut-kasut ini diilhamkan oleh gaya hidup saya. Memandangkan saya melakukan pelbagai pekerjaan, kerap-kali timbul situasi di mana saya mesti berada di lima lokasi dan majlis berbeza di dalam satu hari. Ia akan menjadi satu igauau buruk sekiranya saya memakai kasut yang tidak sesuai. Oleh itu, saya memerlukan kasut yang selesa namun cukup bergaya dan menepati setiap situasi dan pasaran – kasut dari jenis kasual hinggalah formal, untuk memenuhi keperluan wanita muda zaman moden yang bekerja seperti saya.”

“Kebanyakan wanita muda pasti berkongsi sentimen saya mengenai kasut yang seterusnya memberikan saya ilham untuk mereka kasut-kasut sebegini. Saya tidak akan meletakkan nama saya pada sebarang kasut yang saya tidak akan pakai sendiri,” tambah beliau.

Kata Pengarah Eksekutif XES Jason Tan, “XES teruja membawa rangkaian Soo Wincci ke cawangan-cawangan kami. Banyak masa telah disalurkan kepada penyelidikan dan pembangunan bagi rekaan kasut tumit ‘menjulang’ tinggi bagi memastikan keselesaan maksimum dalam setiap langkah tanpa menjejaskan gaya dan fesyen. Malah, kami menawarkan promosi RM 50 diskaun khas untuk peminat Soo Wincci yang boleh didapati di laman peminat dalam kedai online kami. Setelah mendaftar sebagai peminat Soo Wincci, anda akan menerima kod promosi yang boleh digunakan di kedai online yang kini masih di tahap pembangunan, oleh itu pastikan anda kembali melawat laman web kedai online kami dari masa ke semasa untuk mendapatkan diskaun ekslusif tersebut!”

Mengulas mengenai rangkaian baru kasut-kasut tersebut, Jason Tan turut berkata, “Pada mulanya, kami berhasrat memperkenalkan Soo Wincci sebagai duta jenama kami bersempena sambutan ulangtahun ke-10 tahun lepas. Kami kagum dengan sifat berdaya usaha dan sikap tidak takut untuk bekerja keras bagi mencapai segala impian beliau.

Kami berasa bangga kerana Soo Wincci mereka rangkaian kasut ini dan kami yakin rekaan-rekaan yang ditampilkan akan menarik perhatian semua wanita seperti beliau. Saya pasti ini hanya salah satu dari pelbagai kejayaan yang bakal dikecapi oleh beliau dalam usaha membentuk jenama kasut tersendiri.”

Seiring dengan pelancaran kasut rekaan Soo Wincci oleh XES, syarikat merancang mengadakan pelbagai aktiviti promosi menarik yang bakal diumumkan kepada orang ramai tidak lama lagi.

Soo Wincci

Soo Wincci

Soo Wincci

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Majlis Pelancaran Seminar Bimbingan Peperiksaan BH 2013

Gambar Psy di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2013