in , ,

Dr. Soo Wincci Graduasi ke-5 di Spain Cipta Dua Malaysia Book Of Records Terbaharu

Tahniah buat selebriti terkenal, Dr. Soo Wincci yang telah melakar nama dalam Malaysia Book Of Records memecah dua rekod terbaharu iaitu sebagai “Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen” dan “Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist”.

Hari ini merupakan hari yang amat bermakna kepada Dr. Soo Wincci. Sejak Wincci mendapat gelaran “Dr” & anugerah “Top 10 Most Outstanding Malaysia” pada tahun 2016, Wincci mendapat tawaran daripada sekolah muzik yang terkenal iaitu Berklee Valencia untuk melanjutkan Master yang kedua iaitu “Master in Music Production, Technology & Innovation.

Dr. Soo Wincci Graduasi ke-5 di Spain Cipta Dua Malaysia Book Of Records Terbaharu

Wincci melepaskan segala peluang di Malaysia untuk mengejar impian dan cita-citanya. Menurut Wincci, ini merupakan satu risiko yang amat besar untuk dihadapinya. Daripada seorang artis yang hanya fokus dalam persembahan kepada penerbit yang perlu dilengkapi dengan ilmu teknologi, ia merupakan satu langkah yang amat besar yang perlu dilompat.

Selain itu, dengan tahap yang tinggi dan training yang bertubi-tubi, Wincci hampir putus asa. Tapi dengan keazaman dan kerja keras, pada tahun lalu iaitu 2018, Wincci berjaya mendapatkan ijazah sarjana yang kedua dan juga berjaya mendapat biasiswa untuk Post Master Fellowship Degree dalam Live Music Production. 

Dr. Soo Wincci Graduasi ke-5 di Spain Cipta Dua Malaysia Book Of Records Terbaharu

Hari ini 8th Julai 2019, merupakan hari graduasi Wincci yang ke-5 di Spain. Selain itu, Wincci berjaya mencipta single terbaru Wincci dalam empat bahasa (Eng, Melayu, Cina & Espanyol) dan akan dilancar dan diterbit bersama record label dan penerbit dari Taiwan dan China iaitu, Ocean Butterflies, Taihe dan Touch Music.

Selain itu, untuk projek graduasi, Wincci berjaya mencipta versi remix dalam 360 Audio dan Visual yang semua akan dilancarkan pada bulan Julai dan Ogos.

Tahun 2019 juga merupakan tahun yang ke 10 untuk Wincci dalam industri bidang seni. Wincci bermula dengan album pertamanya pada tahun 2009 sebagai seorang Ratu Cantik Recording Artis.

Malaysia Book of Records

Pada masa itu, semua pandang rendah terhadap impian Wincci. Hari ini, selain daripada graduasi dan pelancaran single yang terbaru, Wincci juga mencipta dua lagi record yang terbaru untuk Malaysia, Wincci berjaya disenaraikan oleh Malaysia Book of Records sebagai “Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen” dan “Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist”. Wincci mengunakan 15 tahun untuk memperolehi kesemua 5 ijazah.

  • Post Master Fellowship Degree in Live Music Production (Berklee Valencia, Spain)
  • Master in Music Production, Technology & Innovation (Berklee Valencia, Spain)
  • PhD in Business Administration (Open University, Malaysia)
  • Master in Business Administration (University of Sunshine Coast, AUS)
  • Law Degree (University of Reading, UK)

Walaupun banyak yang dilalui oleh Wincci tapi Wincci tidak akan berhenti dan ini hanya merupakan bab yang baru untuk Wincci membina impian international muzik. Wincci juga baru dapat offer daripada Universiti yang terkenal kat Spain iatitu University of Polytechnic untuk melanjutkan PhD yang kedua dalam Artistic Produksi.

Wincci akan membina base di Spain lalu terbang ulang alik ke Asia untuk TV rakaman dan persembahan.

Ijazah pertama beliau adalah daripada University of Reading, United Kingdom dalam bidang undang-undang, kemudian melanjutkan pelajaran untuk ijazah sarjana Pengurusan Perniagaan di University of Sunshine Coast, Australia sebelum meneruskan doktor falsafah dalam bidang sama di Open University, Malaysia.

Wincci juga telah menyambung pelajaran dalam sarjana Produksi, Teknologi & Inovasi Muzik di Berklee Valencia, Sepanyol dan menyambung Post Master Fellowship Degree dalam Live Music Producton di universiti sama.

Wincci berharap ini akan menjadi sumber inspirasi kepada semua agar terus belajar dan teruskan perjalanan impian semua.

TAHNIAH SOO WINCCI!

Dr. Soo Wincci Graduasi ke-5 di Spain Cipta Dua Malaysia Book Of Records Terbaharu
Dr. Soo Wincci Graduasi ke-5 di Spain Cipta Dua Malaysia Book Of Records Terbaharu
Dr. Soo Wincci Graduasi ke-5 di Spain Cipta Dua Malaysia Book Of Records Terbaharu
Dr. Soo Wincci Graduasi ke-5 di Spain Cipta Dua Malaysia Book Of Records Terbaharu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KONSERT HORA HOREY LIVE! DIDI & FRIENDS Bakal Gegar Cuti Sekolah

Jackson Yee THE LONGEST DAY IN CHANG’AN on dimsum this July