in ,

Soo Wincci Dapat Tenaga Luar Biasa Kerana Amalan Berpuasa

Penyanyi dan pelakon Soo Wincci tidak menjadikan amalan berpuasa dilakukannya sebagai alasan untuk dia tidak bergiat aktif menjalani aktiviti hariannya yang sentiasa padat.

Soo Wincci, 29, sebaliknya berkata, amalan berpuasa di bulan Ramadan memberikannya tenaga luar biasa termasuk dia lebih teliti dalam melakukan perancangan dan berfikiran tajam ketika membuat sesuatu keputusan.

“Setiap kali Ramadan saya sentiasa ada tenaga luar biasa meskipun sedang berpuasa malah lebih fokus dalam melakukan sesuatu.

“Pada masa ini juga saya selalunya mengatur perancangan saya kerana ketika berpuasa saya mendapati minda saya lebih fokus,” katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Ramadan kali ini adalah tahun keempat bekas peserta program Masterchef Selebriti Malaysia itu berpuasa.

Dalam pada itu, Wincci berkata, bagi memastikan dapat berpuasa dengan lancar dia akan memastikan dapat bangun sahur dan berhenti makan sebelum masuk waktu Subuh.

Wincci berkata, selain makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan telur separuh masak, dia akan memastikan turut menjamah dua biji buah kurma.

“Kebiasaannya saya tidak mengambil makanan berat waktu sahur tetapi ia mestilah berkhasiat.

“Paling penting adalah buah kurma kerana khasiat di dalamnya yang membekalkan tenaga untuk sepanjang hari,” ujarnya.

Berkongsi pengalaman tahun ini, Wincci berkata, puasa hari kelima memberi cabaran kepadanya apabila perlu berlakon di bawah sinaran terik matahari ketika untuk drama bersiri The Injustice Stranger di Semenyih dekat sini.

Katanya, rakan pelakon lain dalam drama berkenaan berasa pelik dengannya yang tetap berpuasa biarpun penggambaran tersebut mencabar.

Sumber: Mstar Online

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

TV2 Siar Filem Ice Age : Dawn Of The Dinosaurs & The Hulk

Tom Holland Bakal Pegang Watak SPIDER-MAN Untuk Tayangan 2017