in ,

Soo Wincci Berjaya Puasa Enam Buat Lapan Tahun Berturut-Turut

Umum sudah mengetahui tentang seorang artis bukan Islam iaitu Dr. Soo Wincci yang sering berpuasa setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Selain berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan, apa yang lebih mengagumkan lagi apabila penyanyi yang memiliki ijazah Doktor Falsafah itu juga turut mengamalkan puasa enam di bulan Syawal.

Malah, menerusi instgaramnya, Wincci memberitahu kini dia sudah berjaya mengamalkan puasa sebulan serta puasa enam buat lapan tahun berturut-turut.

Soo Wincci Berjaya Puasa Enam

“Selamat Pagi Malaysia Dari Spain. Wincci dah siap puasa sebulan & juga puasa enam buat tahun ke-8! Selamat Hari Raya Semua & Moga Semua Impian Anda Tercapai! Jom terus berusaha!”

– Soo Wincci

Wincci yang ketika ini sedang menyambung pelajaran di Sepanyol juga pernah berkongsi pengalamannya berpuasa selama 16 jam di negara berkenaan.

Antara faktor yang menyebabkan dia berpuasa adalah inginkan dirinya terus kekal sihat serta berasa dapat berpuasa bersama rakan-rakan muslim yang lain. 

Sumber: Kopiplanet.com

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ain Edruce

Terkini Tentang Pelan MaxisONE Plan & Zerolution

Amelia Henderson

Amelia Henderson Dikecam Selepas Menang Trofi Asia Model Awards Model Star Award