in

Soo Wincci Cari Peminat Bertuah Tampil Dalam Video Klip Terus Teranglah

Soo Wincci Cari Peminat Bertuah Tampil Dalam Video Klip Terbaru – Terus Teranglah

Penyanyi yang juga bekas peserta Masterchef Selebriti Malaysia, Soo Wincci telah pun melahirkan single Melayu terbarunya berjudul ‘Terus Teranglah’ yang juga menampilkan penyanyi Rap terkenal tanah air, Joe Flizzow. Korang dah dengar ke belum?

Kepada korang yang belum dengar, boleh lah klik youtube kat bawah ni:

Soo Wincci ditemui baru-baru ini selepas temubual dengan sebuah program TV begitu teruja kerana dia mendapat sambutan yang begitu baik daripada para peminat Melayunya.

Soo Wincci Cari Peminat Bertuah Tampil Dalam Video Klip Terus Teranglah

Bagi memastikan lagu ini berkumandang dan terus diminati ramai, pihak pengurusan Soo Wincci, Beyond Events Sdn Bhd dengan kerjasama Wake The Baby Records bakal menerbitkan klip video bagi lagu tersebut. Menggunakan kepakaran pengarah muda saudara Jin, rakaman klip video ini akan mengambil masa sehari di sekitar daerah KL dan Selangor. Joe Flizzow juga akan turut muncul dalam pembikinan klip video ini.

Apa yang menariknya, Wincci sekali lagi ingin membalas jasa para peminatnya menerusi klip video ini. Seorang peminat wanita bertuah ingin dipilih oleh Wincci untuk muncul sebagai pelakon tambahan/model. Kriteria yang di cari oleh Wincci adalah seperti berikut :

Jantina : Wanita (warga Negara Malaysia)
Umur : 18 ke 25 tahun

Peminat tersebut mestilah mempunyai perwatakan yang menarik serta ceria. Rambut panjang dan ketinggian lebih kurang 5’ 5 merupakan bonus. Tak mengira bangsa tetapi mestilah berani menyahut cabaran Wincci dalam melakonkan watak yang ditawarkan untuk klip video ini. Sekiranya ada peminat Wincci yang berminat dan ingin mencuba nasib, sila emailkan biodata yang mengandungai butiran seperti :

Nama penuh / alamat surat menyurat / alamat email / no tel & hp / tinggi / berat / size pinggang / size baju dan juga gambar profile (gambar penuh & close up) ke :

[email protected]

Tarikh tutup adalah pada hari Khamis 27 Sept. 2012 jam 10 malam.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Farah di talian : 03.7727 8133 (waktu pejabat 9am – 5.30pm)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ning Baizura di Party E! Brand Refresh Asia

Gossip Neelofa Ikut Hans Isaac Bercuti Di Koh Samui