in , ,

Sinopsis Dunia Baru The Movie Lakonan Elyana

Pengarah   
Yeop Hitler

Pelakon  
Elyana
Wan Elyas
Pierre Andre
Anne Ngasri

Genre   
Pengembaraan Komedi

Tarikh Tayangan  
07 Februari 2008

Website
www.duniabaruthemovie.com

2240955383 68E8D2B723 O | 4

Sinopsis Dunia Baru The Movie
Filem ini bermula apabila Opie (Elyana) mendapat kejutan melalui surat yang ditulis oleh Anizah (Anita Baharom) menyatakan hasratnya untuk ke Thailand dan kahwin lari dengan Fazley (Mohd Hafiz). Menurut kandungan surat itu, Anizah begitu nekad hingga sanggup melepaskan tawaran melanjutkan pelajaran di UK. Perkara ini mengusarkan teman-teman rapatnya iaitu Opie, Madihah (Ann Ngasri), Suzanna (Almy Nadia), Adif (Pierre Andre) dan Tajol (Wan Elyas). Mereka berpakat untuk mengejar Anizah dan mengubah fikirannya.

Pengembaraan pencarian Anizah merupakan suatu perjalanan yang semakin lama semakin kecoh dan berperistiwa, membuat penonton teruja khasnya pengikut setia siri Dunia Baru – kisah geng kolej paling popular di Malaysia.

Dunia Baru The Movie diadaptasikan dari drama bersirinya, Dunia baru yang kini masuk musim ketiga dan sedang hangat ditayangkan di tv3. Filem yang mengekalkan konsep setia kawan di sebuah pusat pengajian tinggi ini mempunyai mesej yang begitu tinggi dan diharapkan dapat dijadikan teladan bagi para remaja yang sedang menyambung pengajian dikolej-kolej dan universiti betapa besarnya nilai persahabatan itu jika dibandingkan dengan wang ringgit.

Filem ini mengisahkan lima sekawan memulakan penggembaraan mereka ke utara untuk menjejak sahabat mereka Anizah dari kawin lari bersama kekasihnya Fazley. Pelbagai halangan terpaksa mereka harungi sepanjang perjalanan sehingga mereka sempat dimasukkan ke lokap.

Berjayakah pencarian mereka? Mengapakah mereka dimasukkan ke dalam lokap? Dapatkah Anizah diselamatkan?

Satu majlis primiere malam gala filem Dunia Baru The Movie akan berlangsung di One Utama pada esok malam (5 Februari 2008).

Saksikan filem ini yang bakal ditayangkan pada 7 Februari 2008. Nampaknya filem ini terpaksa bersaing dengan filem CJ7 lakonan Stephen Chow di musim cuti perayaan Tahun Baru Cina ini.

Cast List for Dunia Baru The Movie

Name & Character
1.Elyana – Opie
2.Anita Baharom – Anizah
3.Wan Ellyas Wan Abdullah – Tajul
4.Pierre Andre – Adif
5.Baizura Kahar – Erika
6.Ngasriah Ngasri – Madihah
7.Iqram Dinzly – Darius
8.Almy Nadia – Suzana
9.Mohd Hafiz – Fazley
10.Md Yeakub Jalil – Bangla man
11.Kanjana Dewi Suppiah – Sukarelawan
12.The Seekers Team – The Seekeers
a.Uncle Seekers
b.Sis Seekers
c.Adik Seekers
13.Illya Cecupak – Geng Citrawana 1
14.Opie Zami – Geng Citrawana 2
15.Ropie Cecupak – Geng Citrawana 3
16.Ridzuan Hashim – Asp Polis
17.Wan Intan Edrinas – Inspektor Polis
18.Khatijah Tan – Puan Mariah
19.Zami Ismail – Pengantin Lelaki
20.Rozita Che Wan – Pengantin Perempuan
21.Mohd Khalid – Ketua stesyen minyak
22.S. Amin Shahab – Tok Imam
23.Ahmad Busu – Mat Deris
24.Ahmad Fedtri Yahya – Wartawan Di Sebalik Malam
25.Mohd Shahrizal Jaafar – Yusuf
26.Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz – Hassan
27.Norzazleen Zulkafli – Sariah
28.Doktor – Syed Bolkiah
29.Ramli Mohamad – Orang Tua
30.Robin Coenraad – Bapa Mat Salleh
31.Susan Louise Tennent – Mak Mat Salleh
32.Mirsad Hassan Kulasic – Budak Mat Salleh
33.Herris Helmi – Mazdul 786
34.Siti Syuhairin Saifuddin – Hantu

2240911971 Daedf2Dd7C | 5

[tags]dunia baru the movie, pelakon dunia baru, sinopsis dunia baru the movie, elyana, songs download, album terbaru elyana, website filem, mohd hafiz, gambar wan elyas, opie zami, poster film[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Persandingan Ning Baizura & Omar

Najwa, Incubus, John Legend & Search @ Sunburst KL