in ,

Ahmad Fedtri Yahya Terima Anugerah Tokoh Khas Kategori Pendakwah Kreatif 1443H

“Ya Allah terkejut sangat dan pada masa sama bersyukur atas penghargaan ini. Kejayaan ini sebenarnya atas kerjasama pasukan yang hebat di Media Prima dalam menghasilkan karya indah seperti Jejak Rasul. Juga buat pasukan hebat dalam menghasilkan lagu- lagu berjiwa besar.

Tidak lupa pasukan yang berjuang untuk menghasilkan buku-buku bermakna. Biar kecil tetapi istiqamah insya-Allah. Terima kasih rakan sekerja, sahabat- sahabat sejati dan penyokong yang sentiasa memberi kata semangat. Istimewa buat keluarga, isteri dan anak-anak tercinta yang sentiasa menjadi sumber kekuatan dan inspirasi.” Itulah ungkapan penerima Anugerah Khas Tokoh Kategori Pendakwah Kreatif 1443H (2021M), Ahmad Fedtri Yahya.

Anugerah yang diterima ini adalah bagi mengiktirafkan sumbangannya yang aktif dalam menyampaikan mesej berunsur dakwah di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Ini termasuklah sumbangan beliau berkongsi ilmu ketika menjadi pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Jejak Rasul, Madrasah, Dari Masjid Ke Masjid, Sahabat Backpackers, Sebalik Malam dan Soal Rakyat dan banyak lagi. Malahan beliau juga pernah dilantik sebagai duta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Syria.

Ahmad Fedtri Yahya - Anugerah Tokoh Khas Kategori Pendakwah Kreatif 1443H

“Ilmu perlu dikongsi kepada semua dan saya akan terus untuk berkongsikan pengalaman dan mesej yang dapat membimbing kita menjadi insan yang lebih baik. Ilmu ini meluas. Saya pula suka berkarya dan segala ungkapan yang ingin disampaikan akan dikongsi menerusi buku mahupun lirik lagu yang lebih mudah untuk difahami dan diingati semua,” jelas penulis buku dan lirik lagu ini lagi.

Antara buku yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Kezaliman Cinta, Mahkota Kiasan, Haruman Puisi Cinta & Coconut Shake Satu dan Pantun Penyeri Pengantin. Selain itu Fedtri juga pernah dinobatkan sebagai lirik lagu terbaik seperti Mikraj Cinta, Kasih Padamu dan Pahlawan Zafana dan terbaharu Coretan Pilu yang menjadi lagu runut bunyi drama Ayahanda di TV3. 

Antara kejayaan lain bagi Fedtri ialah merangkul Anugerah Majalah Terbaik: Sahabat Backpackers dan Anugerah Suntingan Terbaik (Mana Kawan Adik) menerusi Anugerah Skrin 2019 serta Rancangan Bual Bicara Terbaik MHI (Anugerah Skrin 2014). Fedtri juga merupakan Duta Malaysia For Syria, Ikon Akademik NCER USM dan Karyawan Seni USIM. 

Program Ma’al Hijrah yang bertemakan Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti anjuran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini juga turut menobatkan Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Mejar Jeneral Dato’ Haji Kamaruddin Bin Haji Mamat (B), Anugerah Tokoh Khas Kategori Frontliner kepada Dr Ismuni Bin Bohari (Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan) dan Roslee Bin Ali (Penggali kubur di tanah perkuburan Raudhatul Sakinah), Anugerah Tokoh Khas Kategori Korporat iaitu Dato’ Dr. Haji Ramly Bin Mokni dan Anugerah Tokoh Khas Kategori Mualaf Nurmaisarah Leong Yoke Keen (Pembantu Mubaligh, Bahagian dakwah JAKIM).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Terkesan Dengan Pemergian Menantu Kesayangan, Ibu Mertua Dedah Rahsia Amalan Siti Sarah

Shakila Khoriri Disangka Sudah Berhijab, Ini Komen Tuan Punya Badan