in ,

Gambar Majlis Persandingan Ning Baizura & Omar

Sepanjang hayat hidup Budiey, tidak pernah merasai majlis perkahwinan yang sebegini meriah, sempoi dan santai. Yea, 3 perkataan itu cukup untuk menggambarkan betapa majlis persandingan Ning Baizura dan Omar unik, lain dari majlis perkahwinan yang lain.

Mungkin artis kita jarang untuk merealisasikan idea seperti mana yang dicuba oleh Ning Baizura dan Omar untuk majlis persandingan mereka. Ala kampong… bermakna tema, prop, suasana dewan, baju persalinan dan semua aspek perlu dibuat dengan teliti walaupun kadangkala pada mata kasar kita… itu agak senang.

DSC_0166

Terus terang Budiey katakan, inilah majlis perkahwinan yang pertama Budiey hadir sebagai jurugambar (tidak rasmi). Walaupun sebenarnya sudah ramai di kalangan pembaca dan kenalan Budiey ada mencadangkan untuk mengambil Budiey sebagai fotografer di majlis perkahwinan mereka.

Tetapi Budiey menolak atas alasan tidak ada pengalaman, ilmu dan peralatan yang cukup untuk menaik taraf sebagai fotografer profesional. Untuk majlis Ning dan Omar bersanding ini mungkin boleh dijadikan batu asas untuk itu… korang nilai sendiri. Huhu!

Ramai sekali selebriti yang turut hadir memeriahkan suasana. Nak Budiey senaraikan ke? Rasanya tak payah kot… sebab korang boleh tengok sendiri gambar-gambar selebriti yang sempat Budiey temui di Majlis Persandingan Ning & Omar yang baru sahaja berlangsung pada malam tadi.

Rata-rata cakap seronok giler sebab majlis tu happeNing siap boleh joget lambak. Sampai ke Budiey yang pemalu dan penyegan ni boleh berjoget lambak sekali dengan media dan selebriti lain.

Budiey akan cuba publish semua gambar di blog foto Budiey sebab di blog Sensasi Selebriti sekarang ini sedang mengalami masalah trafik dan loading yang menyebabkan hosting menjadi jammed. Kepada korang semua, sila klik link atau pautan di bawah ini ya.

  1. Gambar Prop & Tema Kampong di Dewan Matrade
  2. Gambar Ning & Omar Masa Sidang Media
  3. Gambar Persalinan Pertama Rekaan Rizman Ruzaini
  4. Gambar Persembahan Silat Pengantin
  5. Gambar Majlis Menepung Tawar
  6. Gambar Majlis Makan Beradab Ning & Omar
  7. Gambar Budiey & Selebriti Dalam Dewan
  8. Gambar Persalinan Kedua Rekaan Jovian Mandagie
  9. Gambar Upacara Suap Menyuap & Cium Mencium
  10. Upacara Potong Kek Baju Rekaan Michael Ong
  11. Jemputan, VVIP dan Suasana Dewan

Rasanya, inilah majlis perkahwinan yang paling grand dan meriah pernah dihadiri oleh penulis ketika menghadiri majlis persandingan Ning Baizura dan Omar. Apa tidaknya, seluruh dewan Matrade telah ditransformasi dengan sebegitu indah menjadi sebuah perkampungan yang diberi nama Kampong Nikmat.

Sebelum melakar coretan, Aku ingin sekali lagi mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Ning Baizura dan Omar kerana selamat mendirikan rumahtangga.

Bergelar isteri kepada seorang pengarah perunding Asia Pasifik di Landmark Graphics Malaysia Sdn. Bhd bernama Omar Sharif Christopher Layton Dalton yang seusia dengan beliau, Ning Baizura merasakan sangat bertuah dan tanggal 31 Januari 2008 adalah saat paling bertuah kepada diva popular ini.

Walaupun Omar sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, Ning Baizura akur dengan keputusan hati dan bersyukur atas ketentuan Ilahi. Semoga peminat di luar sana mendoakan agar Ning dan Omar berkekalan hingga ke akhir hayat.

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar menjadi saksi cinta yang tulus antara Ning Baizura dan Omar dimeterai dalam satu majlis akad nikah. Pada jam 10 pagi, maka selamat dan sahlah Ning Baizura menjadi isteri orang.

Pasangan bahagia yang telah mengikat tali pertunangan pada 20 Julai 2007 ini, dinikahkan oleh bapa Ning sendiri, Sheikh Hamzah Sheikh Mohamed dengan sekali lafaz nikah oleh Omar. Kira-kira 100 orang hadir dalam majlis sederhana itu termasuk ibu Ning, Satilah Abdullah, ibu bapa Omar, Maureen dan Colin Dalton, ibu angkat Omar, Datin Sri Farida Hashim dan suami, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad, abang Omar, Mark Dalton, rakan artis dan media wartawan.

Antara rakan artis yang turut hadir adalah penyanyi Sarimah Ibrahim, Nikki, Hazami, model dan pelakon Elaine Daly, Chef Wan dan selebriti TV3 Shasha Bashir.

Pada majlis yang dikendalikan oleh Datuk Mahathir Lokman itu, Ning telah menerima mas kahwin RM80 dan tujuh dulang hantaran manakala Omar menerima hantaran balas sembilan dulang.

Antara barang hantaran oleh pihak lelaki adalah sirih junjung, sejadah dan telekung, sepersalinan kain broked India bermanik beserta selendang, beg tangan Judith Leiber dan kasut L.K. Bennett, jam tangan jenis Diver berjenama Tag Heuer dan pen Aurora, wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM66,666.66 dan kek hiasan sejambak bunga peony.

Sementara antara hantaran daripada pihak perempuan adalah sirih junjung, sejadah dan Al-Quran, sepersalinan kemeja Massimo Dutti, songket sulaman Terengganu, kasut Gucci, dompet Louis Vuitton dan tali pinggang Salvatore Ferragamo, jam tangan Diver jenama Tag Heuer, wangian Hugo Boss, kotak muzik Reuge dan kek hiasan bentuk tengkolok.

Pernikahan pasangan yang melalui tempoh perkenalan sejak tditaja oleh Kuzie Catering (makanan), Kapas Couture (pelamin), Blooming Cake dan solekan oleh Baby Elle.

Majlis Persandingan Penuh Meriah

Suasana dewan Matrade Exhibition & Convention Centre, Jalan Duta pada 2 Februari itu bertukar menjadi satu perkampungan sebenar. Ternyata apa yang diimpikan oleh Ning Baizura telah direalisasikan dengan jayanya. Dari pelbagai sudit, prop dan pakaian ‘orang kampong’ hingga ke set kampung Nekmat, dari upacara merenjis upacara merenjis hingga joget hingga ke makan beradap, segalanya tampak meriah, riuh rendah dan sempurna.

Bukan cakap-cakap kosong tetapi itulah yang berlaku semasa majlis persandingan Ning Baizura dan Omar berlangsung. Malah, segalanya di luar dari apa yang penulis imaginasikan.

Sepanjang hayat hidup penulis, tidak pernah merasai majlis perkahwinan yang sebegini meriah, sempoi dan santai. Tiga perkataan ini cukup untuk menggambarkan betapa majlis persandingan Ning Baizura dan Omar sememangnya unik dan lain dari majlis perkahwinan yang lain.

Mungkin artis kita jarang untuk merealisasikan idea seperti mana yang dicuba oleh Ning Baizura dan Omar untuk majlis persandingan mereka. Ala kampong… bermakna tema, prop, suasana dewan, baju persalinan dan semua aspek perlu dibuat dengan teliti walaupun kadangkala pada mata kasar kita, itu agak senang.

Rata-rata mengatakan konsep kampung memang menjadi. Terbukti sebelum masuk ke dewan tetamu, para jemputan berpeluang menatap bingkai gambar Ning dan Omar yang menggunakan tayar, di situ juga terdapat dua motor vespa serta kandang kambing.

Sebaik memasuki dewan, jambatan kayu sepanjang 100 meter disediakan untuk laluan tetamu memilih tempat masing-masing sama ada mahu menikmati hidangan di meja panjang atau duduk bersila.

Antara menu hidangan pada malam itu ialah ikan tenggiri masak lemak cili padi, udang masak tempoyak, sayur tempe goreng, kerabu kacang botol ikan bilis, ayam goreng, sambil tumis, ubi kayu dan nasi putih menjadi santapan istimewa tetamu.

Untuk minuman pula, air kopi panas, air sirap selasih, air berkabonat dalam botol kaca perisa oren dan sarsi dijadikan penghilang dahaga dan pembasah tekak. Hidangan untuk tetamu disediakan oleh Kuzie Catering. Ternyata sedap dan menyelerakan sampai ada yang menambah dua kali.

Manakala untuk tetamu VIP pula, Chef Wan bersedia menaja dan bertanggungjawab untuk menyediakan hidangan seperti ayam panggang sri menanti, sayur uram, nasi ke bawah duli dan udang seri pandan.

Tepat jam 8.30 malam, paluan kompang mula bergema menandakan pasangan mempelai sedia memasuki dewan. Sejurus kemudian, Ning kelihatan yang lengkap berpakaian serba biru tua dengan persalinan songket potongan Pahang rekaan Rizman dan Ruzaini masuk ke dewan. Ning diserikan lagi dengan barangan kemas daripada Koleksi Nekmat 2008 tajaan Habib Jewel yang berharga RM1.4 juta.

Upacara marhaban serta bacaan doa menyambut ketibaan Ning dan Omar di pelamin warna emas. Kemudian, untuk menyempurnakan adat, acara silat serta tarian jawa oleh pelajar International School Indonesia, Kuala Lumpur dipersembahkan kepada kedua mempelai.

Disusuli dengan dengan sesi menepung tawar yang dimulakan ibu Omar diikuti bapanya serta ibu bapa Ning serta ahli keluarga termasuk rakan artis yang hadir.

Selesai upacara santapan pula, Ning dan Omar menyalin pakaian persandingan yang berkonsepkan jawa inspirasi daripada Puteri Kraton Jawa dipadankan dengan Ceribon sentuhan Jovian Mandagie sempena acara menyuap makanan.

Untuk acara memotong kek dan pulut kuning pula, Ning Baizura mengenakan gaun mewah rekaan pereka terkemuka Michael Ong yang berkonsepkan warna warni manakala Omar menggayakan tuksedo daripada Lord’s Tailor.

Selain acara joget lambak dan tarian poco-poco, para jemputan juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari artis tempatan iaitu as Adila, Farawahida, Farhan AF4, Syafinaz, Intan Sarafina, Ifa Raziah, Haziq serta kumpulan Chak Khun Chak.

Ramai yang hadir pada malam itu tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan merakamkan gambar kenangan bersama pengantin.

Kepada Ning dan Omar… selamat pengantin baru. Semoga kekal hingga ke anak cucu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza & Datuk Khalid di Kenduri Ning Baizura

Sinopsis Dunia Baru The Movie Lakonan Elyana