in

Program Bual Bicara ADUAN JIWA Mendalami Kisah-Kisah di Sebalik Tirai Kehidupan

Terbaharu di TV9, program bual bicara ADUAN JIWA yang dikendalikan oleh pengacara berpengalaman iaitu Ahmad Fedtri Yahya bakal bersua dengan para penonton mulai 2 Januari 2022, setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam selama 10 episod.

Program bual bicara ini merupakan idea asal dan konsep oleh Ahmad Fedtri Yahya. ADUAN JIWA memaparkan kisah – kisah benar yang akan diceritakan sendiri oleh mangsa trauma dalam kes-kes tertentu. Ahmad Fedtri Yahya akan menyelami isi hati mangsa secara terus dan mendalam. Lakonan semulaakan dipaparkan semasa penceritaan. Panel jemputan juga akan ditampilkan bagi setiap episod untuk memberi pandangan dan juga cadangan untuk mengatasi masalahbuat para mangsa. Antara topik dan kes yang akan dikupas adalah kemurungan dan kebimbangan, penderitaan rumah tangga, akhlak dan jenayah seksual.

Aj_(3)

Episod pertama yang akan bersiaran pada 2 Januari 2022 memaparkan topik ketagihan pornografi. Perkongsian dari seorang remaja yang ketagihan pornografi pada usia seawal 8 tahun. Obsesi terhadap dunia porno menjadikan remaja ini menemui jalan buntu dalam usaha untuk mengubah. Kecanduan kepada bahan terlarang sukar ditinggalkan kerana ia sudah sebati dengan jiwanya. 

Episod seterusnya menampilkan dua kisah berbeza yang dibelenggu oleh perasaan rindu yang menebal. Kisah pertama merupakan seorang anak yang sangat rapat dengan arwah ayahnya sehingga pemergian insan tercinta itu meninggalkan perasaan terkilan lantaran dia tidak berkesempatan untuk berjumpa di kali terakhir. Kisah kedua pula menceritakan keadaan seorang ibu dihukum perasaan pilu dan rindu selepas anak kecilnya hilang di rumah dan masih tidak dapat dijejaki hingga kini. Dua dimensi rindu yang berbeza ini membawa kesengsaraan jiwa yang besar kepada kedua-dua mangsa ini. 

Artis tanah air popular iaitu Jaafar Onn turut berkongsi kisah hidupnya yang pernah merana kerana dendam dan dengki oleh orang rapat dengannya sehingga kesihatan terjejas teruk. Ikuti perkongsian kisah beliau dalam episod ketiga yang membawakan topik ‘bahana sihir’. 

Aj_(6)

‘Muflis dan sifilis’ yang dipaparkan dalam episod keempat pula akan berkongsi kesengsaraan hidup seorang wanita yang diceraikan oleh suaminya. Selama lapan tahun berkahwin, bekas suaminya jarang mendekatinya dan memberi nafkah batin. Akhirnya, rahsia terbongkar apabila bekas suaminya ialah seorang homoseksual yang aktif ditiduri teman sejenis sehingga dijangkiti penyakit kelamin sehingga merosakkan organ dalamannya. Wanita ini juga difitnah dan dimanipulasi oleh bekas suaminya yang bijak mengatur langkah untuk menutup kejahatannya. 

Apakah topik-topik dan kes-kes lain yang bakal dipersembahkan dalam ADUAN JIWA? Saksikan paparan menarik dalam program bual  bicara baharu TV9, ADUAN JIWA mulai 2 Januari 2022, setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Blue | 17

Compatibility, Sound Preference, or Location: Which Samsung Soundbar is the one for you?

Cahaya 004 Kitab Basah

Cukup Unik! Ini Ulasan Pementasan CAHAYA 004 KITAB BASAH