in , ,

Najwa, Incubus, John Legend & Search di Konsert Sunburst KL

Pineapple Concerts Sdn. Bhd. dengan bangganya membawakan Sunburst KL International Music Festival 2008, sebuah acara tahunan yang bertujuan mempromosikan Kuala Lumpur sebagai sebuah destinasi ‘mesti dilawati’ di Asia Tenggara menggunakan faktor daya penarik universal iaitu: MUZIK.

Pada tarikh 15 Mac 2008, Kuala Lumpur akan menjadi tumpuan dunia muzik dengan berlangsungnya sebuah festival yang menggabungkan artis-artis ternama dari seluruh pelusuk dunia, berkongsi pentas membuat persembahan di tempat yang sama.

Acara unggul ini akan diadakan dalam konsep festival sehari, dengan 26 persembahan, di langsungkan di 4 buah pentas, dengan muzik yang berterusan selama 12 jam tanpa henti. Kesemua ini boleh di nikmati dengan tiket yang berharga hanya RM200.00 sahaja.

Dengan tema ‘The Fun Starts Here’ (Keseronokan Bermula Di Sini), Sunburst KL adalah penganjuran festival muzik paling menarik yang akan pernah disaksikan di Malaysia! Acara Sunburst KL ini akan menampilkan persembahan secara langsung dari nama-nama besar dunia muzik, dari pelbagai genre muzik dari Rock, Jazz, R&B dan juga Hip-hop.

Dengan barisan artis popular antarabangsa yang akan beraksi membuat persembahan muzik yang hebat seperti INCUBUS, JOHN LEGEND, THE ROOTS dan INCOGNITO, berkongsi pentas pula dengan artis-artis hebat tempatan dan rantau ini seperti SEARCH, GIGI, TOMPI, GERHANA SKA CINTA, JOE FLIZZOW, ATILIA serta ramai lagi, Sunburst KL menjadi acara muzikal yang paling menggemparkan. Semestinya acara ini tidak boleh dilepaskan oleh pencinta-pencinta muzik yang mahukan kepuasan persembahan ‘live’ berkualiti tinggi.

Festival ini akan diadakan di Polo Pavilion, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur, Malaysia.

Pintu di buka dari jam 2.00 petang. (Persembahan pertama bermula pada jam 2.45 petang).

SENARAI ARTIS SUNBURST KL (SAH SEHINGGA 29 JANUARI, 2008)*:
1. Incubus
2. John Legend
3. The Roots
4. Incognito
5. Search
6. Gigi
7. Tompi
8. Pop Shuvit
9. Joe Flizzow
10. Gerhana Ska Cinta
11. Atilia
12. Estranged
13. Tempered Metal
14. Hujan
15. Meet Uncle Hussein
16. Y2k
17. One Buck Short
18. Reza Salleh
19. Love Me Butch
20. Bitter Sweet
21. Najwa

* senarai di atas adalah tertakluk pada pertukaran

PENJUALAN TIKET
Tiket-tiket boleh didapati dari 29hb Januari 2008 di kesemua Outlet-Outlet Rasmi dan Laman Web yang tersenarai di bawah.

Senarai Outlet Tiket
KUALA LUMPUR:
1) Music Valley, Ampang Point
2) Fantasy Music, Sunway Pyramid
3) Rock Corner – One Utama & The Curve, Subang Parade and The Gardens
4) Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
5) Planet Hollywood Kuala Lumpur
6) Connection, Pavilion Kuala Lumpur (Razman to confirm by 29th before 10am)

PENANG:
1) Artist Gallery, One-Stop Midlands Park
2) Artist Gallery, Queensbay Mall
3) Artist Gallery, Gurney Plaza

KOTA KINABALU:
1) Ram Production Sdn Bhd

Laman Web
1) www.sunburstkl.com
2) www.pineappleconcerts.com
3) www.airasia.com
4) www.ticketpro.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Dunia Baru The Movie Lakonan Elyana

Ella, Botok, Vitamin C, Braces dan Michelle Wee Melodi