in ,

Sinopsis Drama Seram Tower 13 Lakonan Dira Abu Zahar

Melalui Adam, watak utama dalam siri ini, penonton akan dibawa mengembara ke pelbagai kejadian misteri dan mistik yang berlaku di sebuah bangunan yang akhirnya membawakan kepada kematian.

Setiap minggu kisah yang dipaparkan berbeza melalui penceritaan Adam. Untuk pengetahuan ramai drama sebegini bukannya berniat untuk menakut-nakutkan orang tetapi ia adalah untuk memperingatkan penonton dari tertipu atau diperdaya oleh ajaran-ajaran tahyul.”

Dira Abu Zahar sebagai Maria
BRONT
Bront Palare memegang watak sebagai Adam
TOWER 13

”Tower 13” mengisahkan Adam Bakhtiar yang disoal siasat oleh polis setelah berlaku pembunuhan di Menara Emerald. Dia yang merupakan pengurus bangunan tersebut telah dibawa ke balai untuk membantu siasatan yang diketuai oleh CID Detektif Malik Ridhuwan. Dira Abu Zahar, pelakon yang sedang meningkat naik ini memegang watak sebagai Maria. Adam memulakan cerita bahawa pembunuhan yang berlaku disebabkan oleh entiti misteri seperti roh atau mahluk halus.

Detektif Malik tidak percaya sama sekali pada cerita Adam, tapi untuk meyakinkannya, Adam mula membuka cerita kematian misteri dan kemalangan-kemalangan yang berlaku di sekitar bangunan tersebut, bermula dengan kisah pasangan muda, isteri yang didera dan suaminya, Natalya dan Imri.

Sejak berpindah, Natalya merupakan fokus utama dalam kejadian-kejadian berhantu, bermula dari bilik air, paling ketara di tub mandi. Pada masa yang sama, Adam didatangi Ustaz Khalil yang sedang mengumpul derma surau dari penghuni Menara Emerald, Adam mengusir Ustaz keluar dari kawasan kondo kerana Menara Emerald adalah kawasan peribadi.

Adam kemudiannya didatangi Natalya yang memberitahu diganggu oleh kejadian aneh dan misteri di apartmentnya. Adam tidak percaya dan menafikan kenyataan Natalya malah memberitahu Natalya bahawa dia tahu akan masalah yang dihadapai oleh Natalya dan suaminya dan percaya Natalya sedang mengalami trauma akibat penderaan suaminya menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan.

Natalya lantas pulang. Dalam keadaan yang lebih teruk dari sebelumnya, lebih ketakutan, dia seterusnya berdepan dengan roh yang menghantui rumahnya dan mendapati bahawa roh itu sebenarnya adalah roh isteri yang didera dan dibunuh dengan kejam oleh suaminya.

Roh itu menunjuk pada Natalya bagaimana dia mati dan memberi amaran supaya tidak membenarkan dirinya melalui penyeksaan yang sama. Goyah dengan apa yang diberitahu Natalya, Adam meminta pertolongan Ustaz dan setibanya mereka di rumah Natalya, mereka mendapati kejadian ngeri sedang terjadi ke atas Imri sebagai balasan atas apa yang telah dilakukan ke atas Natalya.

Ustaz menjampi halau roh dan memberi Adam gambaran kejadian mistik dan ini juga telah meninggalkan kesan trauma pada Natalya. Detektif Malik masih lagi enggan percaya akan cerita Adam, tapi Adam meneruskan penceritaan misterinya mengenai kisah kematian budak perempuan kecil berumur 10 tahun, iaitu Alia. Apakah yang berlaku kepada Alia?

Kepada penggemar-penggemar siri seram, jangan ketinggalan untuk menonton siri ”Tower 13” dan alami sendiri misteri dan mengembara ke alam mistik bersama-sama Adam dalam slot Seram, setiap hari Khamis, jam 9.30 malam, hanya di TV3.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Dah tgk malam tadi…boleh tahan la utk first episode, tapi setakat semalam masih belum mampu menandingi Kekasihku Seru.

  2. Semalam tengok cerita tower 13, episod ke-2. Seram gila budak berambut putih tu, takut aku jadinya, nak tidur pun susah..Kata2 budak berambut putih tu menyeramkan betul, terngiang2 lagi kat telinga ni suara dia…eee..

    Tak sabar nak tunggu episod ke-3, pasal ibu bunuh anak dlm kandungan dia, tau2 mcm ada makhluk keluar eh dlm perut dia, tapi dah ada dlm wad psikatrari daah ibunya..

    Apa komen korang?

  3. memang giler seram lar citer ni tambah2 episod 2 tue…
    giler lar…aku ske yg bdk tu kta “kakak…kakak…”
    naik bulu roma aku siot! aku kesian plak kat budak tu
    x pasal2 mati dgn pnuh tragis,tapi mmg seram la citer ni…

  4. bleh dktakan smua episod dah aq tonton tpi stu pun aq xtkt..crite dia biasa je tpi msih bleh dketogerikn sbgai sdrhana sram la..jlan crite dia bgus tpi msih xsram..klau bleh buatlah crite sram yg lbih sram dan mndbarkan..

  5. Cerita ni masih boleh diterima dek akal untuk penonton di malaysia. jalan citer ada konsep dan ada keunikan yang tersendiri, yang terbaik sekali ialah iklannya yang cukup mendebarkan. Overall citer ni memang mashuk

  6. thumbs up…
    seyesly… suke sgt criter nie..
    x memfokuskan pada bnda syirik.. tp mengingatkan kter tntang kewujudan makhluk lain selain kter sbg mnusia.. peringatan sesama manusia.
    More to detective story yg bongkar misteri2 satu persatu…
    congrats Khabir Bathia… i love it… unik n mmg masyukkkk…………

  7. finally ada gak cite lain (yang selain cite cinta… dah banyak sgt la kat TV tuh) yang jalan cite dia unik! Lakonan dan screenplay dia mungkin boleh diperbaiki lagi + efek yang lagi kaw ke, kalau ada season 2, mesti tengok!

  8. Akhirnya 13 tower dah sampai ke hujungnya… aku berani kata, drama ini adalah drama seram terbaik. Mungkin kekasihku seru lebih seram, tetapi keunikan 13 tower adalah pd jalan ceritanya yg agak catchy. Simple… setiap hujung episod, ada lg cerita seram lain… maka, suspennya kena tunggu minggu depannya. Peh, stylo lah beb… Watak adam bakhtiar dan inspektor malik memang super! Dua2 di bawa dgn cemerlang. Tahniah kabir bhatia. Rasanya ada season 2 kot 13 tower ni…. best giler.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gossip: Kerenah Artis Gila Meroyan

Jaclyn Victor Menang Anugerah Pelakon Harapan Wanita di FFM22