in ,

Jaclyn Victor Menang Anugerah Pelakon Harapan Wanita di FFM22

Budiey nak ucapkan tahniah kepada Jaclyn Victor yang telah berjaya memenangi anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-22 untuk filem Talentime. Sekaligus menewaskan empat lagi pesaingnya, Heliza Helmi, Zalina, Yasmin Khaniff dan Yuhana Yahya. Tahniah juga buat filem Talentime yang meraih anugerah pertama. Pada 8 Ogos di malam kemuncak nanti, Budiey percaya Talentime akan menang banyak lagi anugerah.

3348943416 1E9C91Eee9 O | 4

Pertama kali berlakon filem, terus dapat anugerah. Ada harapan, selepas ini mungkin Jac akan terus berlakon. Jaclyn Victor membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi. 

Tahniah juga buat pemenang pelakon Harapan Lelaki iaitu Zahiril Adzim menerusi filem Kami The Movie, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dimenangi oleh Mohd. Hadziq (Syurga Cinta), Lagu Tema Asal Terbaik dimenangi oleh Sayangku Di Sisimu (Jin Hutan) dan Poster Terbaik dimenangi oleh filem Histeria. Filem Geng: Pengembaraan Bermula dipilih memenangi Anugerah Filem Box-Office selepas mengaut kutipan tiket RM6.2 juta sewaktu ia ditayangkan di pawagam baru- baru ini iaitu yang tertinggi buat filem tempatan tahun ini.

Pada 5 Ogos lalu, FFM22 telah membuka tirai dengan menyampaikan 10 anugerah yang disampaikan pada Majlis Perasmian FFM22 termasuk Pelakon Harapan Wanita, kategori Filem Dokumentari Terbaik yang dimenangi filem Bumi Pribumi, Filem Pendek Terbaik (Permata Bonda), Filem Animasi Terbaik (My Telatori) dan Filem Digital Terbaik (Aathma). Masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM15,000 dan trofi.

FFM22 yang pertama kali diadakan di luar Semenanjung itu akan mengumumkan sekitar 20 anugerah utamanya termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik di Dewan Cancelor, Universiti Malaysia Sabah di sini, 8 Ogos ini bermula 8.30 malam.

3336731267 9710Ae3A2B O | 5

Jac masa berlakon dalam Talentime.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Seram Tower 13 Lakonan Dira Abu Zahar

Sekitar Pelancaran 8TV Goes Mobile di Platinum Movie Suites