in , , ,

Sinopsis Drama Jodoh Lakonan Scha Alyahya & Dazrin Kamarudin

Sinopsis Drama Jodoh

Jodoh adalah mengenai seorang jejaka bernama Azlan Iskandar yang menyertai sebuah rancangan reality mencari isteri yang dinamakan ‘Jodoh’. Azlan yang seorang usahawan hartanah sedang dikejar oleh Olly, seorang arkitek muda yang dipaksa oleh bossnya, Dato Azumi untuk memaksa Azlan menjual beberapa ekar tanah.

Apabila salah seorang daripada peserta wanita rancangan tersebut terpaksa menarik diri, Olly yang kebetulan berada di set Jodoh, dipaksa masuk menggantikan peserta tersebut oleh Nora, penerbit ‘Jodoh’. Nora berjanji kepada Olly dan Azlan yang Olly akan disingkirkan pada eliminasi yang pertama. Akan tetapi, apabila Nora mendapat tahu yang Olly mempunyai ramai peminat , Nora memaksa Azlan agar tidak menyingkir Olly.

Olly dengan tidak relanya meneruskan perjalanan. Setiap minggu gadis-gadis tersebut terpaksa melalui beberapa cabaran yang agak lucu seperti cabaran menulis lagu, kuiz kepandaian, cabaran buat lawak, cabaran kebersihan, cabaran memasak

Drama komedi romantik 13 episod lucu ini dibintangi oleh Scha Alyahya, Dazrin Kamaruddin, Susan Lankester, Hefny Sahad, Reen Rahim, Hafiz Nafiah, dan beberapa pelakon-pelakon muda dan baru dan didokongi beberapa pelakon hebat seperti Esma Daniel, Catriona Ross, Mustafa Kamal, Dian P.Ramlee, Hafiz Nafiah, Sobri Anuar, Kismah Johar dan adik Rykarl Iskandar. Che Lah MasterChef dan peserta dari Imam Muda juga membuat penampilan kameo.

Jodoh merupakan terbitan KL Motion Picture Company yang juga menerbitkan Keluarga Iskandar dan Geng Mengaji. Jodoh diarah oleh pengarah Syed Khairul Fariz Syed Khairuldin dan di tulis oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Drama Jodoh

Eps 1
Azlan merupakan adalah seorang lelaki bujang yang menyertai sebuah rancangan reality mencari isteri yang dinamakan ‘Jodoh’. Pada masa yang sama, Azlan juga seorang usahawan hartanah. Olly dihantar untuk merunding penjualan tanah yang dimiliki oleh mereka tetapi Azlan menghiraukan Olly. Olly mengikut Azlan ke set Jodoh dan apabila salah satu peserta wanita, Diana Surtika, terpaksa menarik diri, Olly yang secara kebetulan berada disitu dipaksa oleh penerbita Jodoh Nora untuk menggantinya.

Eps 2
Olly tidak bersetuju untuk menyertai Jodoh. Tetapi setelah memberitahu bossnya, Dato Azumie, Olly bersetuju untuk mengganti Diana Surtika dengan syarat beliau dieliminasi dulu dan Azlan menjual tanah kenapa syarikatnya. Akan tetapi Nora, pernerbit menerima kejutan besar apabila penonton-penonton rata-rata menyukai Olly menyebabkan ratings cerita Jodoh naik mendadak.

Eps 3
Azlan dipaksa oleh Nora untuk tidak menyingkirkan Olly pada eliminasi pertama. Dengan tidak relanya, Azlan menyingkir Balqis dan tidak menyingkirkan Olly dan ini membuat Olly sangat marah tetapi setelah diberitahu yang beliau akan dibayar Rm3000 setiap episod, bakal tunang Olly, Dani menggalakkan Olly untuk meneruskan perjuangan memikat Azlan.

Eps 4
Cabaran pertama dan semua gadis-gadis di kehendaki menyanyi lagu cinta yang dicipta sendiri kepada Azlan. Olly telah mereka sebuah lagu yang dinamakan lagu ‘Tapak Kasut di atas Jamban’ yang beliau percaya akan membuat penonton tidak menyukainya dan membuatnya tersingkir. Di eliminasi Azlan akhirnya menyingkirkan Olly. Akan tetapi Bob membuat pengumuman terkejut.

Eps 5
Selebriti Masterchef Che Lah datang untuk membantu Azlan dalam cabaran seterusnya di mana semua gadis-gadis harus memasuki masakan dengan pisang! Pada masa yang sama, Olly mendapat tahu yang beliau di buang kerja setelah beliau tidak disingkirkan oleh Azlan . Sedih dengan kejadian tersebut, Olly menyebabkan kebakaran kecil semasa beliau menyiapkan hidangan.

Eps 6
Olly mula dianggap sebagai cabaran apabila dia masih lagi tidak disingkirkan oleh Azlan. Di cabaran ketiga, semua gadis-gadis diuji dengan tahap kepandaian mereka dengan kuiz pengetahuan am. Olly yang merancang untuk tidak menjawab soalan dengan baik dengan harapan beliau tersingkir akhirnya beria dan rancak menjawab soalan apabila semua peserta wanita lain lambat menjawab soalan. Olly memenangai temujanji dengan Azlan tetapi Hani, Irda dan Jamie telah meletak julap dalam minuman Olly dengan niat untuk merosakkan temujanji Olly

Eps 7
Sekembalinya Olly daripada hospital, Olly mendapat tahu Comel disingkir dan beliau masih lagi bertanding. Di cabaran seterusnya, semua gadis-gadis dikehendaki menunjukkan kebolehan mereka membuat lawak dan mencuit hati Azlan sekaligus membuat Azlan ketawa. Apabila Hani mengutuk Katya dalam lawaknya, Azlan sedar yang mungkin gadis yang disukainya Katya tidak disukai ramai. Oleh yang demikian, Azlan memilih Olly sebagai pemenang cabaran semata-mata untuk mendapatkan informasi dalam.

Drama Jodoh

Drama Jodoh

Drama Jodoh

Drama Jodoh

Drama Jodoh

Drama Jodoh

Drama Jodoh

Drama Jodoh

Drama Jodoh

Drama Jodoh

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aeril Zafrel Dapat Tawaran Berlakon Filem Hollywood

Suki Terus Menderita Menanti Sebuah Janji