in

Suki Terus Menderita Menanti Sebuah Janji

Suki Terus Menderita Menanti Sebuah Janji

Kesabaran juara rancangan realiti Low Sook Yee, atau lebih dikenali sebagai Suki Low terus dicabar selepas rayuannya untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas para pengarah Galaxy Music Sdn. Bhd. Chan Tak Wai dan Wong Yoke May kerana tidak membayar sejumlah wang yang telah dijanjikan kepadanya tidak diterima dan ditolak serta diketepikan oleh pihak Pendaftar apabila kedua-dua pengarah Galaxy Music itu hadir di mahkamah dengan wakil guaman terbaru mereka untuk sebutan kes tersebut.

Mahkamah kini terpaksa menetapkan tarikh baru untuk memeriksa-balas kedua-dua orang pengarah itu. Sungguhpun begitu, Suki meminta supaya tarikh periksa-balas dijadualkan secepat mungkin tetapi malangnya pihak Galaxy Music memaklumkan kepada mahkamah yang mereka tidak mempunyai banyak waktu terluang kerana kesibukan mereka di dalam industri hiburan. Walaupun ini tidak dipersetujui oleh pihak Suki, mahkamah telah menerima alasan tersebut. Kini, mahkamah telah menetapkan 12 dan 13 September 2013 sebagai tarikh periksa-balas.

Kelewatan ini dari sekarang sehinggalah bulan September dianggap sangat lama dan arahan pihak pendaftar sangat tidak adil pada Suki. Wakil guaman Suki kini sedang mempertimbangkan untuk merayu pihak mahkamah supaya menolak keputusan tersebut dan mempercepatkan tarikh periksa-balas, dan sekiranya gagal, hal ini akan dibawa kepihak kehakiman.

“Saya berasa sangat sedih dan seolah-olah saya dibuli oleh bekas pengurusan saya, Galaxy Music. Walaupun merekatelah kalah dalam kes dan rayuan ini selepas keputusan mahkamah, mereka masih ingin memperpanjangkannya sampai bulan September dan menyukarkan saya untuk terus melupakan semua ini buat selama-lamanya,” jelas Suki dengan penuh kecewa selepas mendengar keputusan Pendaftar.

Kes ini sudah lama berlarutan di mana Suki telah meraih kemenangan selepas bekas syarikat pengurusannya, Galaxy Music diarah mahkamah untuk membayarnya sejumlah wang bernilai RM417,575.17 setelah mereka gagal mengotakan janji untuk membawa kerjayanya ke peringkat antarabangsa walaupun sesudah mengambil sebahagian besar wang hasil kemenangan Suki dari rancangan realiti One In A Million.

Suki

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Jodoh Lakonan Scha Alyahya & Dazrin Kamarudin

Siti Nurhaliza Bakal Berduet Dengan Babyface