in , ,

Dazrin Botakkan Kepala dalam Telemovie Komedi LICIN

Pelakon Dazrin Kamarudin dikenali dengan penampilannya berambut panjang namun menerusi telemovie komedi bertajuk “Licin” beliau berdepan cabaran bila diarahkan supaya membotakkan kepalanya. Namun adakah Dazrin setuju untuk melakukannya atau sebaliknya?

Kisah menarik ini bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot popular Panggung Ahad pada 16 Julai ini, pukul 10.05 pagi di TV1.

POSTER TELEMOVIE LICIN

Dazrin Botakkan Kepala? Dalam Telemovie Komedi “Licin”, Slot Panggung Ahad di TV1

Turut dibintangi pelakon Nazeera Sardi, Mubarak Majid, Ridzuan Hashim, Mona Allen, Aizad Rosli, Rosli Rahman Adam, Nor Azifah dan Fetty Dzul, telemovie ini memaparkan kisah Hamdan yang berkepala botak dan mahukan kekasih anaknya yang bernama Joe membotakkan kepala jika mahu berkahwin dengan anaknya, Julia.

Kisahnya bermula dengan memperkenalkan watak Joe dan Julia yang bekerja dalam sebuah syarikat sama yang menjual buku. Joe meluahkan cintanya kepada Julia. Namun Joe menghadapi saingan dari bosnya, Alias, yang juga ingin memikat Julia.

Pada awalnya Julia menunjukan minat terhadp Alias. Namun apabila dapat tahu Alias ada teman wanita yang lain, Julia mula belajar menerima cinta Joe.

Dalam pada itu bapa Julia, Hamdan, seorang yang berkepala botak, mahu Joe membotakkan kepalanya jika ingin mengahwini anaknya. Situasi itu memberikan tekanan yang besar kepada Joe kerana dia seorang yang bangga dengan rambut panjangnya dan menganggap rambutnya sebahagian identiti beliau. Syarat bapa Julia meletakkan Joe dalam keadaan serba salah.

Sama seperti Joe, bapa Joe juga bangga dengan rambutnya dan sering mengejek Hamdan tentang kepala botak. Berlaku pelbagai insiden bila masing-masing menunjukkan ego sendiri.

Satu hari Hamdan yang suka main karom mencabar bapa Joe untuk main karom dan orang yang kalah wajib membotakkan kepalanya. Dalam pertandingan tersebut bapa Joe kalah dan terpaksa membotakkan kepalanya.

Sementara itu bapa Joe geram dengan perangai Hamdan yang ingin melihat kepala orang botak. Namun demi kepentingan masa depan anak mereka, Hamdan menarik balik syarat yang dikenakan terhadap Joe.

antara babak dalam Licin

babak dalam telemovie Licin

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Akbar Sahari Buat Laporan Polis Nafi Ada Hubungan Dengan Rita Rudaini

Tahniah Qari Haikal Juara Qari Jr. 2017