in

Aeril Zafrel Dapat Tawaran Berlakon Filem Hollywood

[dropcap]T[/dropcap]uah ayam nampak di kaki. Tuah manusia siapa yang tahu. Mungkin ini yang boleh Budiey gambarkan dengan nasib untung seorang pelakon muda bernama Suhairil Sunari, 26 tahun yang sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi apabila beliau dianggap ‘tiada otak’ oleh David Teo yang menjadi perbualan hangat beberapa minggu lalu. Ini berlaku ekoran kenyataan Aeril Zafrel baru-baru ini yang merasakan dirinya diaibkan dengan pelbagai tohmahan dan ‘cakap-cakap belakang’ segelintir staf MIG.

Ariel Zafriel

Kita tinggalkan bab kontroversi yang negatif itu, kerana di entri ini, Budiey nak ceritakan tentang berita gembira yang baru sahaja dikongsikan oleh Harian Metro untuk peminat pelakon remaja ini. Beliau bakal bergelar pelakon Hollywood tak lama lagi setelah menerima tawaran untuk berlakon sebuah filem yang masih dirahsiakan tajuknya.

[pullquote align=”right”]Saya rasa macam bermimpi apabila dapat berlakon dengan bintang Hollywood seperti Christina Ricci dan Sharon Stone. – Aeril Zafrel[/pullquote]

Yang paling seronok, apabila beliau akan membawa watak utama dan berlakon bersama pelakon popular Christina Ricci dan Sharon Stone. Mampu? Aktres ini telah mengesahkan khabar angin yang tersebar gara-gara sekeping gambar beliau beraksi bersama Christina Ricci yang dipetik daripada satu video muzik lagu tema filem ini yang masih dalam pembikinan.

Mengulas lebih lanjut, muzik video itu akan ditayangkan di saluran MTV tak lama lagi sebagai promosi awal filem romantik itu yang menjalani pengambaran di London, England.

“Saya akui memang benar pelakon lelaki di samping Christina Ricci dalam gambar itu adalah diri saya. Ia satu babak daripada video muzik lagu tema untuk filem Hollywood yang masih belum ada tajuk rasmi. Pengambaran video muzik itu dirakamkan pada awal tahun lalu.”

Pembikinan filem itu masih berlangsung di London namun tak banyak boleh saya perkatakan di sini kerana terikat dengan perjanjian dengan pihak produser.

Anak jati Batu Pahat, Johor ini mendapat tawaran melalui seorang kenalan beliau yang menetap di London.

“Kenalan saya itu meminta saya hantar profil kerjaya saya pada tahun lalu dan tak lama kemudian, pihak produser terus menghubungi saya kerana mendapati saya menepati kriteria lelaki Asia yang mereka cari untuk watak itu.”

“Bagaimanapun seperti saya katakan, buat masa ini saya tidak dibenarkan untuk mendedahkan secara terperinci mengenai judul rasmi filem itu mahupun siapakah tenaga produksi lain kerana pengumuman hanya boleh dibuat oleh pihak produser sahaja. Cuma apa yang boleh saya katakan, saya rasa macam bermimpi apabila dapat berlakon dengan produksi Hollywood selain dapat berlakon dengan bintang Hollywood seperti Christina Ricci dan Sharon Stone.”

Budiey ucapkan syabas dan tahniah buat Aeril Zafrel. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Aeril Zafrel

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

One Direction Dikecam Gara-Gara Kontroversi Status di Twitter

Sinopsis Drama Jodoh Lakonan Scha Alyahya & Dazrin Kamarudin