in , ,

Berat Dazrin Kamarudin Turun 19 Kilogram Bukan Sebab Barang Terlarang

Pelakon Dazrin Kamarudin menafikan dakwaan dia menggunakan dadah untuk mendapatkan badan yang kurus. Beratnya kini dah turun dan mencecah 70 kg. Tegas Dazrin, dia hanya mengamalkan senaman dan diet seimbang tanpa pengambilan sebarang bahan terlarang.

Dazrin

“Saya tak guna pun bahan terlarang seperti dadah. Saya hanya bersenam dan menjaga pemakanan.

“Kesedaran untuk menurunkan berat badan datang sendiri. Selepas berkahwin, berat badan saya pernah mencecah sehingga 89 kilogram.

“Penurunan berlaku dengan perlahan dan secara berperingkat. Penerbit-penerbit drama juga memberi tamparan untuk saya menurunkan berat badan.

“Dengan fizikal yang berisi, ia menyukarkan saya untuk mendapatkan tawaran sebagai hero dalam drama bersiri atau telefilem,”

– Dazrin Kamarudin

Dazrin ditemui di majlis sidang media filem ‘Mahathir, The Journey’ arahan Profesor Dr Hatta Azad Khan di Sheraton Petaling Jaya, semalam.

Filem ‘Mahathir, The Journey’ menampilkan kisah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.

Dalam naskhah terbabit, Dazrin bakal membawakan watak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Saya gembira bercampur teruja bila mendapat tawaran ini. Kini, rasa gementar pula timbul.

“Bukan mudah untuk saya bawakan watak tokoh yang terkenal dan dia sangat popular sekarang dalam kalangan anak muda. Saya akan buat sehabis baik,”

– Dazrin Kamarudin

‘Mahathir, The Journey’ yang menelan bajet sebanyak RM6 juta akan memulakan penggambaran pada bulan Disember hadapan.

Selain Dazrin, barisan pelakon filem terbabit ialah Azhar Amir (Tun Dr Mahathir Mohamad), Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah), Lisdawati (Nurul Izzah), Ning Baizura (Datin Paduka Marina Mahathir), Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Harminder Singh (Gobind Singh Deo) dan ramai lagi.

Sumber: Astro Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

dimsum Thai Pop 2019 Meriah! Hampir 2,000 Penonton Terpesona

Senarai Lagu Konsert Suku Akhir Gegar Vaganza 2019 Minggu 6