in , ,

Ramai Keliru Perlukah Pakai Mask Lagi Kalau Dah Berniqab, Ini Penjelasan Dr Noor Hisham

Ramai tahu, Neelofa hadir bersama suaminya ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan untuk prosiding dakwaan atas kesalahan merentas negeri. Sebaik tiba di perkarangan mahkamah, pasangan itu dilihat memakai pakaian sedondon dan dikerumuni oleh pihak media.

Hendak dijadikan cerita, ketika mereka sedang berjalan menuju ke ruang perbicaraan, para media telah menangkap beberapa keping gambar pasangan terbabit.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah walaupun Neelofa tampil dalam imej berpurdah, namun bentuk wajahnya seperti hidung dan mulut usahawan berusia 32 tahun itu jelas kelihatan.

Purdah Neelofa Terlalu Nipis, Tak Pakai Mask?

Justeru itu, rata-rata netizen mempertikaikan mengapa selebriti terbabit tidak memakai pelitup muka di sebalik kain niqab tersebut.

Selain itu, ada juga yang menegur kain purdah wanita itu kelihatan semakin nipis jika dibandingkan dengan penampilannya sebelum ini.

Menerusi gambar dirakam pihak media di perkarangan mahkamah itu jelas kelihatan niqab dipakai Neelofa yang menjadi imej terbaharunya sejak beberapa bulan lalu menampakkan bentuk hidung dan mulutnya.

Neelofa

“Pakai niqab tak perlu pakai ‘mask’ (pelitup muka) ya?”

Itu antara komen pengguna laman sosial di Facebook Harian Metro yang mempersoalkan penampilan Neelofa itu.

Sementara itu, beberapa pengguna laman sosial di hantaran yang dimuat naik di Instagram Harian Metro @hmetromy turut mempersoalkan perkara sama.

“Pakai purdah pun kena pakai ‘mask’ juga ya Cik Kak,” tulis pengguna itu.

“Lofa macam tak pakai ‘facemask’ jer tu…” tulis pengguna lain pula.

“Pakai purdah tak perlu pakai mask eh? Dulu macam menteri/DG kata pakai pudah pun kena pakai ‘mask’” kata seorang pengguna lagi.

Pada masa sama, seorang lagi pengguna media sosial memuat naik keratan berita mengenai kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah yang disiarkan pada 22 Oktober tahun lalu.

Noor Hisham dalam satu kenyataan kepada media dipetik sebagai berkata, pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang mereka daripada dij4ngkiti.

Pakai Juga Pelitup Muka Walaupun Berpurdah

PEMAKAIAN pelitup muka di tempat awam diwajibkan ke atas rakyat Malaysia bermula 1 Ogos lalu. Namun, timbul persoalan sekiranya wanita berpurdah atau berniqab wajib mengikuti peraturan sama

Wanita yang berpurdah serta berniqab dinasihatkan tetap memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko dijangkiti C0VID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang mereka daripada dijangkiti.

“Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kita diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam bermula pada 1 Ogos lalu. Ada dua jenis pelitup muka yang boleh dipakai untuk tujuan pencegahan iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.

“Pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak bergejala tetapi berada di tempat awam dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut syor WHO,” katanya

Beliau berkata, pemakaian purdah satu lapisan tidak mencukupi untuk melindungi individu terbabit daripada dijangkiti.

Justeru, beliau mencadangkan individu memakai purdah atau niqab untuk memakai pelitup muka perubatan atau fabrik tiga lapisan di sebalik purdah yang dipakai.

*Sumber: Malaysia Gazette

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiz Zaqyah | 23

Sinopsis Drama DIVA POPULAR Lakonan Fauziah Ahmad Daud & Erma Fatima di Awesome TV

Tim Cook Apple | 24

Apple iPad Pro Dengan Cip Pemprosesan M1 Sedia Ditawarkan di Malaysia Bermula Hari Ini