in , , ,

CuteCute LoveLove OMG!OMG! WinWin

Sinopsis Drama BILA CUPID JATUH CINTA Lakonan Aiman Hakim & Oktovia Manrose

Fira, seorang pekerja di sebuah agensi mencari jodoh ditugaskan untuk mencari calon pasangan buat anak rakan karib bossnya, Dani. Apabila Fira terjatuh hati pada Dani, mampukah Fira melawan perasaannya dan menjalankan tugasnya secara profesional?

Bila Cupid Jatuh Cinta yang dibawakan khas oleh Vaseline telah mula bersiaran di TV3 pada 4 Julai 2020, setiap hari Sabtu, selama satu jam pada pukul 9.00 malam. Drama romantis yang mempunyai 10 episod ini diterbitkan oleh Orangetree Production dan diarahkan oleh Bahri Uma. Membariskan Aiman Hakim Redza dan Oktovia Manrose sebagai pelakon utama, Bila Cupid Jatuh Cinta juga turut menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Elfira Loy, Ikmal Amry, Sham Visa, Sharmaine Farouk, Sharifah Husna, Bella Dowana, Dynas Mokhtar, Elizad Sharifuddin dan ramai lagi. 

Sinopsis Drama BILA CUPID JATUH CINTA Lakonan Aiman Hakim & Oktovia Manrose

Fira (Oktovia Manrose) menerima tugasan daripada bosnya, Puan Suraya (Sharmaine Farouk) untuk mencarikan jodoh untuk Dani, anak kepada rakan karibnya. Di saat bertemu Dani, Fira terjatuh hati pada Dani tetapi dia menyimpan perasaannya untuk bersikap profesional sebagai ejen mencari jodoh. 

Haris (Ikmal Amry), anak kepada Puan Suraya mula rasa bimbang kerana dia sebenarnya menyukai Fira dalam diam. Haris mula rasa tergugat dengan Dani. Kegagalan Fira untuk melawan perasaannya menyebabkan Fira tidak tentu arah. Malahan, Fira sanggup menemukan Dani dengan calon palsu agar dapat memberikannya lebih banyak masa untuk memenangi hati Dani.

Fira mula berubah untuk menepati ciri-ciri wanita idaman Dani. Calon yang dicarikan oleh Fira nampaknya padan dengan Dani apabila hubungan Dani dan Sara (Sharifah Husna) bermula dengan baik. Fira rasa kecewa dan mula menerima hakikat bahawa cinta Dani tidak akan menjadi miliknya. Namun, Dani tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Sara. 

Sinopsis Drama BILA CUPID JATUH CINTA Lakonan Aiman Hakim & Oktovia Manrose

Dani bersemuka dengan Fira dan mengatakan dia tahu akan rancangan Fira yang sengaja mencarikan calon yang tidak sesuai untuknya. Fira menidakkannya dan mempertahankan diri dengan mengatakan Sara ialah calon paling sesuai untuk Dani. Pada masa yang sama, Haris telah meluahkan isi hatinya dan berusaha untuk memikat hati Fira. Apakah kesudahan kisah cinta mereka?

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan Bila Cupid Jatuh Cinta yang dibawakan khas oleh Vaseline pada setiap hari Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3 dan juga strim di laman portal www.tonton.com.my

Ikuti portal www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia di Instagram, Facebook dan Twitter  untuk dapatkan maklumat lanjut tentang program dan drama terkini TV3.

Sinopsis Drama BILA CUPID JATUH CINTA Lakonan Aiman Hakim & Oktovia Manrose
Sinopsis Drama BILA CUPID JATUH CINTA Lakonan Aiman Hakim & Oktovia Manrose
Sinopsis Drama BILA CUPID JATUH CINTA Lakonan Aiman Hakim & Oktovia Manrose

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Puma Percaya Kekuatan Sukan Bergantung Kepada Unity Collection

Sindiran Sinis Luca Sickta dalam YANG INI YANG ITU