in , ,

Sindiran Sinis Luca Sickta dalam YANG INI YANG ITU

Di awal kemunculan namanya mungkin masih asing dalam kalangan peminat muzik tempatan. Namun, lagu 7 Nasihat dendangan penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza berjaya melonjakkan populariti komposer dan rapper muda ini.

Gandingannya bersama Kmy Kmo yang juga komposer dan penulis lirik lagu itu menjadikan duo ini semakin menjadi kegilaan anak muda dan kebanyakan penyanyi sedia ada untuk bekerjasama dengan mereka. Bagi meneruskan langkah seninya, Luca Sickta atau nama sebenarnya Shameer Ashraf Shahruddin tidak terhenti setakat itu.

Terbaharu, tanpa bergandingan dengan Kmy, Luca mencuba nasib menerusi projek sulung dengan menghasilkan lagu terbaharu, Yang Ini Yang Itu yang turut menampilkan rapper wanita yang sedang meningkat naik, Heidi selaku rakan duet.

Yang Ini Yang Itu adalah terbitan dan edaran Universal Music Malaysia telah dilancarkan pada, 10 Julai.

Sindiran Sinis Luca Sickta dalam YANG INI YANG ITU

Serentak dengan itu dilancarkan juga muzik video rasmi di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Menurut Luca, lagu bergenre Hip Hop dan sedikit sentuhan pop itu menceritakan bagaimana karektor seseorang yang bersikap ‘lalang’ atau tidak mempunyai pendirian sendiri.

“Lagu Yang Ini Yang Itu adalah mengenai seorang yang bersikap ‘lalang’ atau dalam erti kata lain tidak ada pendirian tetap. Apa saja dia buat semua ikut orang yang mana tak ada pendirian sendiri.

“Memandangkan lagu ini saya ‘featuring’ dengan Heidi, jadi saya membawakan ‘lalang’ dari perspektif lelaki begitu juga dengan Heidi. Disebabkan itu, lirik lagu ini adalah ciptaan kami bersama,”

– Luca Sickta

Luca mendedahkan, lagu itu adalah berdasarkan pengalaman hidup dilalui sepanjang mengenali pelbagai jenis dan ragam manusia.

“Saya sudah kenal pelbagai ragam orang. Daripada sikap mereka itu saya menjadikan lagu. 

Tujuannya supaya ia dapat dijadikan pengajaran kepada semua. Dalam masa, mungkin cerita dalam lagu ini pernah dilalui orang lain.

‘Secara peribadi orang sebegini merimaskan. Cuma, kalau tidak ada orang seperti mereka ini kita tidak akan dapat belajar sesuatu daripada sikap sebegitu. Tidaklah juga sepenuhnya negatif,”

– Luca Sickta

Mengenai pemilihan Heidi, Luca menyifatkan penyanyi lagu Ily itu mempunyai karektor tersendiri dalam rap sekali gus memberi warna baru dalam muzik dan lagu yang dipersembahkan.

“Heidi mempunyai karakter yang kuat dalam rap. Stail dan gaya dia berbeza dengan rapper wanita lain. Apabila kami bekerjasama dalam lagu ini boleh dengar karakteristik yang dia miliki.

“Sebelum ini kami tak pernah pun bekerjasama. Saya lebih banyak dengan Kmy. Cuma lagu ini saja ia adalah projek sulung saya dan memilih untuk ‘featuring’ dengan penyanyi lain,”

– Luca Sickta

Menurut Luca dia mempunyai alasan tersendiri kenapa menerusi lagu Yang Itu Yang Ini tidak tampil secara solo.

“Kenapa tak buat solo? Saya daripada muzik rap, jadi saya nak bereksperimen dengan setiap artis. Dari situ saya dapat belajar benda baru. Lain orang lain lain penglaman. Malah, setiap individu itu berbeza karektor terutama ketika dalam lagu,”

– Luca Sickta
Luca Sickta

Dalam perkembangan lain, Luca berkongsi dia bersama Kmy Kmo dalam perancangan untuk menghasilkan album sulung.

“Selepas ini ada lagi projek dengan Kmy sehinggalah terbitnya album. Malah ini adalah perancangan kami sekarang. Kalau sampai rezeki dan masa yang tepat, mungkin tahun depan.

“Lagu pula sudah semestinya lagu baru dan ada juga lagu yang pernah keluar. Untuk peribadi, selepas lagu baharu ini tidak ada lagi lagu lain untuk tahun ini. Kalau ada pun tahun depan pula.

“Cuma, single kami berdua ‘featuring’ dengan penyanyi lain dijangka keluar hujung tahun ini. Kami masih masih lagi dalam proses ‘meminang’ penyanyi berkenaan. Saya tak boleh sebutkan lagi siapa, tapi dia adalah lagenda. Lagu semua dah ada, tunggu dia kata okay dan terus rakam,”

– Luca Sickta

Lagu ini sudah boleh distrim di semua platform digital muzik seperti Joox, iTunes, Spotify dan banyak lagi.

Luca Sickta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama BILA CUPID JATUH CINTA Lakonan Aiman Hakim & Oktovia Manrose

Sarah Hildebrand Rindu Mahu Bertemu Bapa di Amerika Syarikat