in , ,

Sidang Media Separuh Akhir Muzik Muzik 37 Umum 30 Lagu Pilihan Peminat

Sebanyak 30 lagu layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SAMM37) yang akan berlangsung pada 25 dan 26 November ini.

Program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu paling popular di Malaysia, Muzik Muzik kini telah memasuki musim ke-37. Debaran untuk mengetahui 30 buah lagu yang berjaya mara ke pusingan separuh akhir menjadi teka-teki dalam kalangan pengkarya muzik dan peminat-peminat di tanah air. 

Hari ini, sidang media Separuh Akhir Muzik Muzik 37 telah berlangsung untuk mengumumkan senarai penuh 30 buah lagu menerusi persembahan istimewa oleh naib juara Terpaling Juara, Aqmal dan juga finalis Terpaling Juara iaitu Shaz dan Aqeesh di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre. 

Penerbit Eksekutif SAMM37, Jamil Hassan berkata, jumlah penyertaan tahun ini meningkat lebih banyak berbanding sebelum ini.

“Berbanding ketika pandemik Covid-19, kita dapat lihat peningkatan dari sudut jumlah penyertaan. Tahun ini juga menyaksikan pelbagai genre berbeza dipertandingkan. Dari pemantauan kami, industri muzik kita berkembang dengan pesat selepas itu,” katanya.

Menurut Jamil, pihaknya melabelkan lagu-lagu yang bertanding di pentas SAMM37 sebagai karya gred A.

“Secara umumnya, inilah wajah-wajah (penyanyi, komposer dan penulis lirik) yang aktif dalam industri hari ini.

Separuh Akhir Muzik Muzik 37 akan dikendalikan oleh Muaz Mohamed dan Izzue Islam, bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 25 November 2022 (pukul 3.00 petang – 6.00 petang) dan 26 November 2022  (pukul 3.00 petang – 5.30 petang) di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my 

Episod pertama separuh akhir Muzik Muzik akan membawakan tema genre muzik Rock & Roll dan episod kedua akan bertemakan genre Pop dan Pop Ethnic menerusi persembahan daripada artis-artis hebat Malaysia seperti Kristal X, Elyana, Ezlynn, Farahdhiya, Ramlah Ram dan Syura!

Sidang produksi Separuh Akhir Muzik Muzik 37 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Sharizan Razalii sebagai penerbit. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SODA

Tahniah! Kumpulan Soda Dinobatkan Juara Sulung Awesome Raja Lawak

DIANA DANIELLE

Diana Danielle Merilis Lagu Bahasa Inggeris Berjudul SHINE ON