in , ,

Diana Danielle Merilis Lagu Bahasa Inggeris Berjudul SHINE ON

Diana Danielle Lancarkan Lagu Bahasa Inggeris Sulungnya Berjudul “Shine On” & Bakal Mengukuhkan Kedudukannya Sebagai Seorang Seniman Sejati.

Sejak memulakan kerjaya di umur 11 tahun, Diana Danielle telah membina nama pada awal usia dalam bidang perfileman, dan kini beliau tampil dengan lagu Bahasa Inggeris sulungnya yang berjudul “Shine On”. 

Lagu ini membawa pesan pemerkasaan dalam mengatasi keraguan dan menepis segala rasa negatif yang datang. Diana mengambil inspirasi dari pengalaman peribadinya sendiri serta kisah-kisah mereka yang bersangkutan, yang pernah meragui harga diri masing-masing hanya kerana tanggapan orang lain atau keadaan sekeliling.

Diana Danielle Lancarkan Lagu Bahasa Inggeris Sulungnya Berjudul SHINE ON

“Kita semua pernah berada di situ, sama ada di sekolah, kerja ataupun perhubungan peribadi di mana kita dibuat untuk merasa seolah-olah kita tidak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri atau apa yang dilakukan tidak mencukupi. Ia satu senario yang ramai di antara kita perlu hadapi setiap hari dan melalui “Shine On”, saya hanya mahukan sebuah lagu yang sesiapa sahaja mendengarnya akan mengerti bahawa mereka tidak perlu rendahkan keyakinan diri mereka supaya orang di lain berasa selesa. Saya rasa ada kuasa tersendiri dalam menjadi seorang individu.”

Bait lirik “Catching up with my better self, no one’s holding you back but yourself” yang membawa maksud ‘mengikuti kata hati sendiri, tiada siapa yang menghalang kecuali diri mu sendiri’ telah membantu membentuk video muzik lagu ini dengan menunjukkan perbezaan saat berada di satu tempat yang suram berbanding saat mendapat pencerahan melalui masa silam sukar yang pernah dilewati dalam hidup.

Pelancaran ini menandakan kesungguhan Diana sebagai seorang penyanyi dengan lebih banyak perancangan penghasilan muzik di masa hadapan. 

Sebelum ini Diana pernah ditampilkan dalam lagu Calum Scott berjudul “Heaven”, sewaktu dipilih khas untuk mewakili Malaysia semasa kolaborasi Calum di Asia Tenggara lewat Universal Music Malaysia dan sempat mendendangkan lagu itu sewaktu konsert Calum di Kuala Lumpur pada bulan Oktober. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sidang Media Separuh Akhir Muzik Muzik 37 Umum 30 Lagu Pilihan Peminat

Apple Lepaskan Kemaskini iOS 16.1.1, Tiada Lagi Masalah Pepijat