in

Siapakah Pemenang Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee

Pada malam ni, Budiey berada di Auditorium Perdana Angkasapuri Kuala Lumpur untuk buat liputan Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee. Persaingan hebat nampaknya anugerah pada tahun ini memandangkan yang bertanding di kalangan karya-katya yang bukan sebarangan.

Penganjuran kali ketiga ini memperlihatkan sembilan kategori anugerah dipertandingkan berdasarkan 15 kategori telefilem yang telah disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia menerusi slot Tribute P.Ramlee.Siaran pertama Tribute P.Ramlee 2016 telah bermula 15 Oktober 2016 jam 9 malam di saluran TV1. 

Seramai 15 pengarah dan 11 penulis skrip bersaing menghasilkan telefilem terbaik yang dibintang para pelakon berbakat dan terkenal pada masa kini.

Nantikan liveupdate dari Budiey menerusi IG dan juga Twitter serta Facebook. 

Paling ditunggu oleh peminat pastinya persembahan yang bertemakan Cinta berinspirasikan cinta Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Biduanita Saloma. Setiap segmen digarap dengan lakonan muzikal melalui rangkaian lagu-lagu medley. 

Antara penyanyi yang buat persembahan ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Azharina Azhar, Ernie Zakri, Syamel, Azrul Zaidi, kumpulan Acapella Colors pf Voices, Aisha Safia, Bintang P.Ramlee Suhaimi, Dani, Izat, Fazli dan Razif, Kumpulan Kompang 5 Beradik dan penampilan istimewa cucu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Najua Nasir. 

Kategori yang dipertandingkan adalah: 

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Aedil Putra

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Aida Khalida

Sinematografi Terbaik: Junaimeramfizal Rahmat (Drama Saling)

Skrip Terbaik: Datin Paduka Shuhaimi Baba & Harlina Samad

Pelakon Lelaki Terbaik: Che Kem 

Pelakon Wanita Terbaik: Sharifah Sakinah 

Pengarah Terbaik : Dira Abu Zahar

Telefilem Terbaik: Redhaku Untukmu

Anugerah Khas Juri : Kembara Nak Dara 

Pengacara yang mengemudi Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee ialah pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Tahniah buat semua pemenang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KONSERT WINGS & SUPERFRIENDS – BELENGGU IRAMA

6 Sebab Kenapa Anda Harus Menginap Di Aston Braga Hotel & Residence, Bandung