in

KONSERT WINGS & SUPERFRIENDS – BELENGGU IRAMA

Nama Awie tidak asing lagi dalam industri muzik tanahair. Artis serba boleh ini seringkali mendapat perhatian di dalam semua aktiviti dan hasil karya beliau. Vokalis kumpulan muzik terkenal tanahair ini juga mempunyai suara unik yang pastinya akan memukau seluruh peminat muzik. Dengan karisma dan kebolehan beliau, Awie melangkah setapak lagi kebidang pengarahan persembahan pentas dengan menghasilkan KONSERT WINGS AND SUPERFRIENDS – BELENGGU IRAMA.

KONSERT WINGS & SUPERFRIENDS - BELENGGU IRAMA

KONSERT WINGS AND SUPERFRIENDS – BELENGGU IRAMA akan menggegarkan Istana Budaya pada 6 hingga 9 April 2017 selama 2 jam setiap malam dan merupakan sebuah konsert berkonsep memperjuangkan nasib para insan seni tanahair. Gandingan artis-artis hebat dalam satu pentas dengan soroton adegan dari rintihan lagu selama 2 jam akan menjelajahi jiwa dan rasa penonton terhadap keluhan hati nasib artis yang di perjuangkan.

Tujuan konsert ini diadakan bagi mendidik masyarakat untuk menghibur sambil menderma. Awie Entertainment Sdn Bhd yang menganjurkan konsert ini mengumpulkan persatuan–persatuan di Malaysia untuk membentangkan permasalahan di dalam persada seni terutamanya dari segi kebajikan anak –anak seni yang tidakpernah berubah. Dato’ Awie, teraju utama Awie Entertainment Sdn Bhd berharap gabungan dengan persatuan-persatuan seperti Karyawan, Seniman, Yayasan Artis 1Malaysia, MACP dan RIM dapat memperbaiki taraf anak–anak seni tanah air.

Bagi Dato’ Awie, nasib para artis Malaysia tidak seharusnya malang seperti yang telah berlaku selama ini kerana para artis adalah golongan yang amat berpengaruh. Pengaruh dan nama besar mereka hanya ketika popular dan sekiranya tidak ada langkah yang betul di ambil maka ianya tidak akan menjanjikan masa depan yang baik dari segi kewangan.

Ikon konsert ini ialah pemain drum ternama, YAZID dari KUMPULAN SEARCH. Tiada seorang peminat muzik tanahair yang tidak kenal beliau. Menganggotai sebuah kumpulan muzik rock ternama selama ini tetapi setelah beliau mengidap penyakit buah pinggang, mata pencariannya terhad. Dato’ Awie sebagai salah seorang peneroka muzik rock tanahair mengambil inisiatif untuk membantu beliau dan tidak mahu anak – anak seni di negara ini hidup dalam kesempitan di zaman kejatuhan.

Artis-artis ternama iaitu Dato’ Awie, Eddie Wings, Black Wings, Dato’ M.Nasir, Datuk Ramli Sarip, Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Hattan, Dato’ Nash, Ito, Syamel AF, Maya Karin, Liza Hanim, Haiza, Sahara Yaacob, Billa AF, Kudeen 3 Juara, Uchop Bukan Sekadar Rupa dan Aniq Ceria Pop Star adalah antara para artis yang berpadu tenaga untuk menjayakan KONSERT WINS AND SUPERFRIENDS – BELENGGU IRAMA. Para pemuzik yang turut terlibat adalah Edrie Hashim, Kudin Headwind, Yan Lefthanded, Sham Guitarist, Lola, Rodi Kristal, Hamzah Pecussion, Pae, Fly dan Adi.

Harga tiket bemula daripada RM80.00, RM150.00, RM200.00, RM250.00, RM300.00 dan RM350.00 boleh di beli melalui ONLINE di Website Redtix, www.airasiaredtix.com. atau pun di Kaunter Pembelian Tiket di Istana Budaya mulai esok, 1 Mac 2017. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Awie Entertainment di talian 019 2932436 (Ejat) atau 019 2975260 (Sam). Juga boleh lawati Facebook Sayap-Sayap Wings atau www.sayap2wings.com.

Awie Entertainment Sdn Bhd yang disokong padu oleh rakan seperjuangan di dalam persada seni amat berharap kejayaan konsert ini akan berpihak kepada semua insan seni tanahair.

KONSERT WINGS & SUPERFRIENDS - BELENGGU IRAMA

KONSERT WINGS & SUPERFRIENDS - BELENGGU IRAMA

KONSERT WINGS & SUPERFRIENDS - BELENGGU IRAMA

KONSERT WINGS & SUPERFRIENDS - BELENGGU IRAMA

KONSERT WINGS & SUPERFRIENDS - BELENGGU IRAMA

KONSERT WINGS & SUPERFRIENDS - BELENGGU IRAMA

KONSERT WINGS & SUPERFRIENDS - BELENGGU IRAMA

KONSERT WINGS & SUPERFRIENDS - BELENGGU IRAMA

KONSERT WINGS & SUPERFRIENDS - BELENGGU IRAMA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Best Tentang MALAM SENSASI BERSAMA JUDIKA

Siapakah Pemenang Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee